Terjahan Bailly hantar pemain lawan ke ICU

PARIS: Pertahanan Marseille, Eric Bailly dibuang padang selepas terjahan kasar menyebabkan lawannya dalam Piala Perancis terpaksa menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) awal pagi tadi.

Pemain antarabangsa Ivory Coast berusia 28 tahun itu, yang dipinjam dari Manchester United, dilayangkan kad merah selepas 15 minit aksi menentang kelab amatur divisyen empat, Hyeres apabila kakinya terkena dada Almike Moussa N’Diaye.

Pemain Hyeres itu diusung keluar dan dibawa ke hospital dari stadium berkapasiti 8,000 tempat duduk, Francis-Turcan dekat Martigues, selatan Perancis.

Presiden Hyeres, Mourad Boudjellal, yang juga bekas pemilik kelab ragbi Toulon, memberitahu AFP bahawa N’Diaye kemudiannya dihantar ke sebuah lagi hospital di Marseille, kira-kira 40 kilometer dari bandar berkenaan.

“Dia dihantar ke Hopital Nord dekat Marseille dan mereka memasukkannya ke ICU sebagai langkah berjaga-jaga,” kata Boudjellal.

“Kami berdoa semuanya akan baik buatnya. Dia pemain yang bagus dan antara pemain terbaik kami.”

Sebelum itu, staf kejurulatihan Hyeres agak tidak bimbang.

“Ia lebih kepada bimbang berbanding keadaan sebenar, tiada yang serius, mungkin kesan pelanggaran,” kata pembantu jurulatih, Zaki Noubir kepada Maritima radio.

“Bailly segera datang ke bilik persalinan kami untuk memberikan jersi miliknya dan lebih daripada itu untuk mengetahui berita lanjut”

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker