Terpedaya love scam, lelaki warga emas kerugian RM68,460

Terpedaya love scam, lelaki warga emas kerugian RM68,460

Terpedaya love scam, lelaki warga emas kerugian RM68,460
Chong (kanan) menunjukkan gambar wanita yang memperdayanya dengan tawaran pelaburan bitcoin pada sidang media, hari ini. NSTP/ Mary Victoria Dass

JOHOR BAHRU: Seorang bekas pemandu lori warga emas mendakwa kerugian RM68,460 selepas menjadi mangsa ‘love scam’ seorang wanita tempatan dikenali sebagai Yean yang dikenalinya Mac tahun lalu.

Mangsa, Chong Hing, 62, berkata hubungannya dengan wanita berusia 20-an itu semakin rapat apabila mereka kerap berhubung menerusi aplikasi WhatsApp sebelum terpedaya dengan pujukan suspek untuk menyertai pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan berganda dalam tempoh kurang sebulan.

Katanya, wanita terbabit memaklumkan pelaburan RM50,000 yang dibuat membolehkannya menerima pulangan RM100,000.



“Saya tidak fikir panjang untuk membuat pelaburan menggunakan wang simpanan yang dikumpul selama 27 tahun, kad kredit dan sanggup meminjam wang daripada ahli keluarga.

“Saya yakin kerana Yean mendakwa dia turut menyertai pelaburan sama dengan melabur RM20,000 serta turut menunjukkan bukti transaksi kewangan pernah dilakukan.

“Tambahan pula Yean membawa saya bertemu ibunya untuk menunjukkan kejujuran dalam hubungan cinta kami walaupun perbezaan usia kira-kira 40 tahun, selain memberikan salinan kad pengenalan yang dipercayai palsu,” katanya.

Chong berkata, dia membuat pelaburan dengan membuat transaksi kewangan ke akaun bank milik individu tidak dikenali iaitu Bobby Hermawan dan Chia Kei Leing.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Beliau berkata, transaksi wang RM15,000 dilakukan pada 2 November 2022 dan diikuti RM53,460 pada 4 November 2022 termasuk wang bagi bayaran cukai.

Katanya, dia dijanjikan pulangan itu akan dimasukkan dalam akaun peribadi miliknya pada 30 Disember 2022.

“Saya menyedari ditipu apabila pulangan dijanjikan iaitu RM112,000 tidak diperoleh, malah Yean memberi alasan pengurusan pelaburan tidak dapat membuat pembayaran kerana akaun saya bermasalah.

“Selepas itu, Yean mula menjauhkan diri daripada saya seolah-olah sudah memutuskan hubungan.



“Saya tidak menolak kemungkinan Yean adalah scammer dan tujuannya menjalin hubungan mesra bagi mempengaruhi saya menyertai pelaburan yang tidak wujud,” katanya ketika mengadu masalahnya kepada Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse di Pejabat Khidmat Wakil Rakyat Tebrau di Taman Gaya di sini, hari ini.

Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pelangi Indah pada 3 Januari lalu.

Jimmy pula berkata, pihaknya berharap orang ramai lebih berhati-hati sebelum menyertai sebarang pelaburan kerana ia boleh merugikan dan berdepan masalah tidak diingini.

“Akibat menjadi mangsa, sesetengah individu berdepan tekanan, jadi orang ramai perlu berwaspada dengan tawaran pulangan berkali ganda yang tidak masuk akal,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Harga emas jatuh empat bulan berturut-turut



Terpedaya love scam, lelaki warga emas kerugian RM68,460


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button