Abby Abadi – Ex Dulu Bernasib Baik Sebab Saya Kurang Bercerita

Abby Abadi – Ex Dulu Bernasib Baik Sebab Saya Kurang Bercerita

Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa kesal kerana sering menjadi mangsa tatkala isu rumah tangga dalam kalangan artis hangat diperkatakan.

Tak tahu siapa orang ketiga

Abby Abadi – Ex Dulu Bernasib Baik Sebab Saya Kurang Bercerita

Menerusi video di TikTok, Abby mengatakan bahawa dia enggan mendiamkan diri susulan kisah rumah tangganya bersama bekas suami, Norman Hakim dijadikan sebagai contoh sehingga mendatangkan fitnah.

Tegasnya, dia tidak pernah menyerang mana-mana pihak kerana pada ketika itu dia tidak tahu siapa yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.

Sejujurnya dulu saya tak pernah serang siapa-siapa. Tak pernah ya sebab tak tahu siapa orang ketika ke empat semua tu sebab saya tak berjaya check handphone ex (bekas suami).

Dan tak berjaya menjejaki gerak geri dia waktu itu sebab dia kata dia busy shooting ya dan ex tu memang jenis lari-lari dan tak balik. Jadi saya tak tahu sebelum jeng jeng jenggg.

Nak penjelasan bukan gaduh

Abby Abadi – Ex Dulu Bernasib Baik Sebab Saya Kurang Bercerita

Ujar pelakon berusia 45 tahun ini lagi, dia mencari Norman di set penggambaran hanya kerana ingin mendapatkan penjelasan dan bukannya untuk bergaduh.

Yang kata saya serang bekas suami dekat lokasi penggambaran, saya mencari sahaja sebab dah lama tak jumpa dan mahukan penjelasan. Tak ada bawa senjata apa pun.

Dan bila jumpa orang kata saya marah-marah, nangis-nangis dah tu? Takkan saya nak seronok kalau ex tak balik-balik dan sampai nak bercerai bagai.

Susulan daripada isu tersebut, Abby meminta warganet untuk berhenti membuat sebarang andaian mahupun spekulasi berhubung insiden terbabit yang kini sudah menjadi sejarah dalam hidupnya.

Malah, dia turut mengatakan sehingga ke hari ini dia masih menyimpan banyak perkara seorang diri tanpa pengetahuan keluarga.

Kes saya dulu banyak yang tak tahu sebab saya simpan seorang diri. Apa yang saya boleh cakap, ex dulu sangat bernasib baik sebab saya kurang bercerita. Kalau banyak fitnah, rasa macam nak menjawab jugalah. Perlu ke?

Video penuh

@abbyabadi112

Oh Malaysiakuuuu.. Bila ada isu rumah tangga dikalangan artis, ada yg curang.. mesti terkaittt & dikaitkan juga dengan sy ye. Sy buat video seronok2 pun mcm2 org kata.. Sy ok je kalau cakap yg indah2 takpe.. Ini memandai2 kata itu ini, siap bg contoh kisah sy tu pastuuu sambung fitnah pada sy dulu, mcm sy pulak yg bersalah…. ewah ewahh.. Jadi sy nk jawab : yg sejujurnya dulu sy tak pernah serang siapa2. tak pernah ya sbb sy taktahu siapa org keriga, ke empat semua tuu.. sbb sy tak berjaya cek hp ex & tak berjaya menjejaki gerak geri gasing dia waktu itu sbb dia kata dia busy shooting ya… & ex tuuu mmg jenis lari2 dan tak balik2.. Jadinya, sy banyak taktahu sebelum…….jeng jeng jengggg 🫢 Yg kata sy serang ex dekat lokasi shooting, sy mencari je sbb lama tak jumpa & nk kan penjelasan. Takde bawa senjata apapun.. Dan bila jumpa org kata sy marah2, nangis2, dah tuuuu? takkan sy nk seronok2 kalau ex tak balik2 & sampai dah nk bercerai bagai? 👀👻 Aduhh laaa Akak2 bawanggg.. , Achik2 & Abang2 bawang.. tlglah jangan lebih tahu ya. Sy yg melaluinya. Jadi jawapan/ segalanya semua dengan sy. Apa yg sy buleh cakap sy tak bercerita banyak benda.. TERLALU BANYAK! simpan lama ni…Terlaluuu banyak yg hanya sy & ALLAH yg tahu. Family pun taktahu. Arwah Mak & Ayahpun taktahu ..Adik beradik pun taktahu, Anak2 pun taktahu. Jadi jangan buat palatao ok 👻 pe: video sekadar hiasan 🫢😝

♬ Kini Ecko Pergi Meninggalkanku – Ecko Show

 

Sumber : abbyabadi112

Memey Suhaiza Buat Kejutan Untuk Abby Abadi [VIDEO]

Abby Abadi – Ex Dulu Bernasib Baik Sebab Saya Kurang Bercerita


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker