Al-Nassr mahu Ronaldo kembali seronok bermain

Riyadh: Jurulatih Al-Nassr, Rudi Garcia berharap Cristiano Ronaldo akan “menemui semula keseronokan bermain” apabila dia membawa aura bintang ke Liga Arab Saudi.

“Satu-satunya perkara yang saya harapkan untuk Ronaldo ialah dia menemui semula keseronokan bermain dan tersenyum semula kerana sejak beberapa bulan kebelakangan dia berdepan kesukaran membabitkan masalah antara Manchester United, pasukan kebangsaan dan kemudian di kehidupan peribadi,” kata Garcia.

“Sekiranya dia mendapat keseronokan bermain semula, matlamat itu sudah dicapai,” tambah jurulatih itu yang menyifatkan pemain antarabangsa Portugal berusia 37 tahun itu sebagai “atlet yang luar biasa.”

Ronaldo, pemenang Ballon d’Or lima kali menandatangani kontrak sehingga 2025 dengan kelab Arab Saudi itu dalam perjanjian bernilai €200 juta (RM933.18 juta).



Bekas bintang Juventus dan Real Madrid itu tiba di Arab Saudi selepas kontraknya di Manchester United menemui titik noktah.

Impiannya untuk menjuarai Piala Dunia turut berakhir di suku akhir di negara jiran Qatar bulan lalu.

Ketibaan Ronaldo di Al-Nassr, sebuah kelab yang diasaskan pada 1955, menghidupkan semula dakwaan bahawa Arab Saudi sekali lagi terbabit dalam urusan “cuci wang”, istilah yang untuk menggambarkan amalan individu, kumpulan, syarikat atau kerajaan menggunakan sukan untuk meningkatkan reputasi yang dicemari oleh salah laku.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker