Dadah ketamin RM1.4 juta dirampas, pelajar sekolah antara ditahan

Dadah ketamin RM1.4 juta dirampas, pelajar sekolah antara ditahan

Dadah ketamin RM1.4 juta dirampas, pelajar sekolah antara ditahan
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun (tengah) bersama pegawainya menunjukkan rampasan dadah jenis ketamin bernilai RM1.4 juta menerusi sekatan jalan yang dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kampung Laloh, Kuala Krai, pagi kelmarin. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Polis Kelantan merampas dadah jenis ketamin bernilai RM1.4 juta menerusi sekatan jalan yang dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kampung Laloh, Kuala Krai, pagi kelmarin.

Menerusi rampasan dadah jam 8 pagi itu, polis turut menahan empat lelaki berusia 16 hingga 30 tahun termasuk seorang pelajar sekolah menerusi serbuan berasingan sejak kelmarin sehingga semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pada jam 8 pagi kelmarin, sepasukan penguatkuasa JPJ mengadakan sekatan jalan raya di lokasi berkenaan.

“Pihak JPJ mendapati sebuah kereta Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan apabila berhenti secara mengejut sekitar 200 meter daripada sekatan jalan raya sebelum dua lelaki melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan terhadap kereta berkenaan menemui bungkusan berwarna putih yang diletakkan dalam but kereta disyaki dadah.

“Pihak JPJ kemudiannya memaklumkan kepada polis Kuala Krai dan kita mendapati dua guni putih dan satu beg pakaian beroda yang di dalamnya terdapat debu putih iaitu dadah jenis ketamin seberat 25.5 kilogram dengan anggaran nilai RM1.4 juta,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, susulan rampasan berkenaan pihaknya melakukan empat serbuan berasingan di Pasir Mas sejak kelmarin sehingga semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Hasil serbuan berkenaan kita berjaya menahan empat lelaki berusia 16 hingga 30 tahun termasuk seorang pelajar.

“Kita percaya bekalan dadah ini dibawa dari negara jiran dan dalam perjalanan untuk di bawa ke Lembah Klang.

“Siasatan lanjut masih dilakukan berhubung peranan keempat-empat suspek berkenaan memandangkan kebanyakannya masih muda. Malah, kereta yang digunakan juga adalah kereta yang disewa,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod lampau dan mereka ditahan reman sehingga Sabtu ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kenderaan Perodua Myvi turut disita untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

Dadah ketamin RM1.4 juta dirampas, pelajar sekolah antara ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker