‘Dealova’ Sabhi Saddi & Fareed Tak Menjadi

‘Kali Ni Kamu Gali Kubur Sendiri’ - Raih 17 Markah Je!

‘Dealova’ Sabhi Saddi & Fareed Tak Menjadi

Minggu keempat program Famili Duo semalam, menyaksikan pasangan adik beradik iaitu Sabhi Saddi dan Fareed menerima markah paling terendah daripada pihak juri. Bertemakan Cinta/Romantis, pasangan ini hanya meraih 17 markah sahaja.

Menurut Sabhi, mereka berdua tidak menaruh apa-apa effort untuk persembahan minggu ini. Tambah Sabhi, lagu tersebut dipilih saat akhir meskipun mempunyai latihan yang cukup.

Semua tahu Fareed lebih kepada rap. Jadi, minggu ni Sabhi nak dia ke depan. Kami tak nak sama setiap minggu, sebab itu kami buat kelainan. Tapi percaturan kami salah. Saya tak nak setiap minggu saya yang menyanyi dan ke hadapan. Ni Famili Duo, jadi kita kena sama-sama.

Disoal kenapa memilih lagu Dealova untuk dipertaruhkan, Sabhi dan Fareed berkata rata-rata peminat tahu lagu tersbeut.

Sebenarnya lagu tu banyak teknik. Misi kami tak berjaya. Sebelum ni korang boleh nampak kami buat banyak persediaan terutama dari segi prop. Tapi, kali ni kami banyak duduk dan prop tak banyak.

Di akhir sesi temubual, Fareed memberitahu dia banyak belajar soal vokal minggu ini dan cuba keluar daripada zon selesa. Ujarnya, pihak juri mahu melihat mereka keluar dari kotak dan gunakan platform yang sedia ada untuk menunjukkan bakat. Ditanya mengenai persediaan untuk minggu hadapan, pasangan adik beradik ini memberitahu bahawa tema dangdut merupakan konsep mereka. Jadi para penonton perlu tunggu persembahan minggu hadapan. Berdasarkan markah keseluruhan setakat semalam, Sabhi dan Fareed berada di kedudukan dua terendah bersama Siti Saida dan Siti Sairah.

Anggota K-Clique Fareed Sah Bergelar Suami

 

‘Dealova’ Sabhi Saddi & Fareed Tak Menjadi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker