Ini 5 bidang bidang kerja dengan tawaran gaji lumayan sepanjang 2023

Ini 5 bidang bidang kerja dengan tawaran gaji lumayan sepanjang 2023
Ini 5 bidang bidang kerja dengan tawaran gaji lumayan sepanjang 2023
Bidang pemasaran digital dijangka berkembang pesat dan menjanjikan pulangan lumayan. Foto:Dreamstime/TNS.

DUNIA hari ini, semua perkara memerlukan duit.

Jika kita bekerja dengan gaji yang tidak setimpal, rasanya sudah tiba masa untuk melakukan perubahan besar dalam kerjaya.

Orang kata, rezeki tidak pernah salah alamat. Jadi usah risau untuk berhenti kerja dan memulakan perjalanan di tempat baharu.

Berikut merupakan senarai lima bidang kerja yang boleh memberi jaminan gaji lumayan serta dijangka berkembang pesat sepanjang 2023.

1. Sains data

Jika anda berminat dengan Sains Data dan pembelajaran mesin, tiada tempat yang lebih baik untuk bermula selain Python. Ia merupakan bahasa pengaturcaraan sumber terbuka yang mudah dipelajari dan telah digunakan oleh syarikat seperti Google, Facebook dan Netflix untuk menyelesaikan masalah yang rumit.

Sains Data merupakan salah satu pekerjaan yang berkembang pesat di seluruh dunia. Malah, ia juga salah satu pekerjaan dengan gaji tertinggi.

Ini 5 bidang bidang kerja dengan tawaran gaji lumayan sepanjang 2023
Peluang kerja sentiasa ada, yang penting kita kena rajin mencari. Foto: Bernd Diekjobst/dpa.

2. Pemasaran digitalPemasaran digital merupakan istilah luas yang merangkumi pelbagai kemahiran. Anda perlu mengetahui SEO, strategi dan pengurusan media sosial, pemasaran e-mel, pengiklanan berbayar dan banyak lagi untuk berjaya dalam bidang ini.

Kerjaya ini sememangnya sedang berkembang pesat. Menurut kajian Jabatan Sistem Maklumat Pengurusan Universiti Alabama (MIS), bidang pemasaran digital akan menjadi salah satu daripada lima pekerjaan dengan gaji tertinggi di Amerika pada tahun 2023.

Kajian yang sama meramalkan terdapat sejuta jawatan yang belum diisi berkaitan dengan pemasaran digital pada tahun 2023.

Pemasaran digital juga kompetitif, tetapi tidak seteruk yang anda fikirkan! Jom cuba nasib.

3. Kecerdasan buatan (AI)

AI merujuk kepada sistem yang boleh melaksanakan tugas tanpa campur tangan manusia. Ini termasuk kereta pandu sendiri, pembantu pintar dan juga robot.

Terdapat keperluan yang tinggi untuk membangunkan AI ke peringkat seterusnya. Ia menjadikan pekerjaan ini sebagai salah satu kerjaya yang menjanjikan pulangan lumayan.

4. Analisis data

Pekerjaan ini berkait dengan proses penerokaan dan penyiasatan yang melibatkan pengumpulan, organisasi, dan analisis data.

Ia adalah bidang statistik yang penting, berkenaan dengan memeriksa dan mentafsir data untuk menyampaikan penemuan dan idea.

Ini 5 bidang bidang kerja dengan tawaran gaji lumayan sepanjang 2023
Banyak bidang kerja dijangka berkembang pesat sepanjang tahun 2023. Foto: AFP Relaxnews.

Analisis data menjadi bidang yang berkembang pesat dan terdapat lebih banyak pekerjaan berbanding sebelum ini.

Bidang Sains Data dijangka berkembang lebih daripada 30 peratus menjelang 2023, yang bermakna akan terdapat lebih banyak peluang pekerjaan bagi mereka yang ingin meneruskan laluan kerjaya ini.

Terdapat pelbagai jenis pekerjaan analisis data, daripada jawatan peringkat permulaan kepada peranan pengurusan.

5. Eksekutif jualan

Jualan merupakan seni dan sains untuk memujuk orang ramai membeli produk atau perkhidmatan anda. Anda boleh menjadi jurujual dan bekerja dalam mana-mana industri, tetapi terdapat beberapa kemahiran yang akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, memperoleh lebih banyak wang dan lebih gembira dalam kerjaya anda.

Eksekutif jualan adalah salah satu pekerjaan dengan gaji tertinggi. Namun, kemahiran perlu dikuasai untuk menjadi jurujual yang baik. – IDEYL Learning.

‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

 

Ini 5 bidang bidang kerja dengan tawaran gaji lumayan sepanjang 2023

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker