Jurey Latiff sudah hubungi Fauziah Nawi isu bayaran
Minta penggiat seni buat aduan terus kepada PTVM

PRESIDEN Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Datuk Jurey Latiff Rosli menggesa mana-mana penggiat seni yang mempunyai masalah tidak dibayar selepas menyelesaikan penggambaran diminta tampil membuat aduan terus kepadanya.
Jurey, 57, berkata, sebagai presiden dia enggan memandang ringan isu tersebut kerana ia mampu mencalarkan imej penerbit kerana masih ramai yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan pelakon.
“Saya berharap kepada semua pelakon jika mereka berhadapan dengan isu tidak dibayar penerbit, boleh laporkan kepada saya.
“Insya Allah kami akan lakukan sehabis baik untuk sama-sama berunding dengan pihak penerbit berkenaan. Sekiranya isu ini dibicarakan secara umum, saya bimbang ia akan mencalarkan imej semua penerbit di Malaysia,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Terdahulu, Fauziah, 69, meluahkan rasa kecewa apabila isu bayaran dalam kalangan artis sudah menjadi sesuatu yang serius namun masih belum menemui jalan penyelesaian.
Pelakon veteran itu turut memberitahu isu berkenaan sudah diadukan kepada beberapa persatuan namun masih tiada perubahan positif.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang
- Saingan sengit Naib Presiden Umno
- Sistem kehakiman Malaysia setara Junta Mynmar jika Kes Najiib diadu ke United Nation.
Dalam pada itu, Jurey memaklumkan sudah menghubungi Fauziah untuk bertanya lebih lanjut mengenai isu dibangkitkan.
Katanya, Fauziah memberitahu hanya bersuara bagi pihak rakan-rakan artis yang takut untuk mengetengahkan masalah tersebut.
“Apa yang saya boleh katakan, selepas ini tidak kira siapa pun dalam industri yang mempunyai masalah bayaran boleh terus merujuk kepada PTVM.

“Saya bukan mahu menjadi hero tetapi setidaknya kami akan berusaha keras membantu menyelesaikan masalah seumpama ini,” ujarnya.
Sementara itu, Jurey memohon agar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mewujudkan sebuah sistem yang menjadi tunggak bagi membela nasib karyawan tempatan.
“Kita perlu wujudkan ekosistem yang kondusif bermakna satu ekosistem yang boleh diguna pakai oleh semua golongan karyawan termasuk pelakon dan pekerja dibelakang tabir.
“Industri perlu ada satu sistem yang dikawal oleh Finas supaya industry hiburan kita sihat, berdaya maju dan boleh jaga kebajikan penggiat seni,” katanya.
Jurey Latiff sudah hubungi Fauziah Nawi isu bayaran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina bakal tawar diri Naib Presiden?
- Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM
- BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang