Kedudukan kereta terjunam ke sungai berjaya dikesan

Kedudukan kereta terjunam ke sungai berjaya dikesan

Kedudukan kereta terjunam ke sungai berjaya dikesan
Pasukan meneruskan operasi SAR di Sungai Maaw, hari ini. – Foto ihsan JBPM

KUCHING: Kedudukan sebuah kereta yang terjunam ke dalam Sungai Maaw di Jeti Feri Tanjung Kunyit, Sibu, semalam, sudah dikenal pasti.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata kedudukan Toyota Camry di dasar sungai itu dikesan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang melakukan selaman kelima, hari ini, pada jam 3.49 petang.

Katanya, pada jam 4.35 petang tadi, PGO menerima maklumat daripada komander operasi memaklumkan bahawa pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sedang menunggu kren untuk menaikkan kenderaan terbabit ke permukaan.



“Air sungai pasang dan arus deras menyukarkan Unit PPDA melakukan selaman dalam operasi hari kedua SAR yang bermula jam 7 pagi tadi, menyebabkan ia hanya dapat dilakukan selepas air sungai mulai surut pada petang.

“Berikutan itu, pencarian di permukaan hingga radius dua kilometer dijalankan sebelum selaman dapat dilakukan yang akhirnya berjaya mengesan kedudukan kenderaan itu, petang tadi,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Menurutnya, pencarian di permukaan turut disertai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta ahli keluarga mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi semalam, seorang lelaki terselamat, manakala dua lagi dilaporkan hilang bersama kenderaan yang terjunam ke dalam sungai di Jeti Feri Tanjung Kunyit.



Mangsa yang terselamat ialah Brayant Magnus Ting Shang, 38, manakala seorang lelaki dikenali sebagai Philip Yiin, 61 dan seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang belum dikenal pasti identiti, dilaporkan masih hilang.

Kereta terjunam dalam pusat beli-belah

Kedudukan kereta terjunam ke sungai berjaya dikesan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button