Kes tuntutan palsu: Datuk kena reman 7 hari

Kes tuntutan palsu: Datuk kena reman 7 hari

Kes tuntutan palsu: Datuk kena reman 7 hari
Bekas pengerusi NGO bergelar Datuk dan bekas bendahari direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu lebih RM11,000.

JOHOR BAHRU: Bekas pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bergelar Datuk dan bekas bendahari, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan berjumlah lebih RM11,000, dua tahun lalu.

Perintah reman sehingga Ahad ini dikeluarkan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas kedua-dua suspek mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, bekas pengerusi berusia 47 tahun serta bekas bendahari berusia 43 tahun itu tiba di mahkamah pada jam 9.20 pagi dengan berpakaian lokap berwarna jingga dan tangan bergari.



Difahamkan, suspek bergelar Datuk itu pernah menjadi calon sebuah parti bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac tahun lalu.

Semalam, kedua-dua suspek ditahan di Pejabat SPRM Johor, antara jam 8.30 hingga 9.30 malam selepas hadir memberikan keterangan.

Menurut sumber, pada akhir Januari 2021, kedua-dua suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan yang berpusat di daerah ini.

“Tuntutan itu difahamkan bagi kerja-kerja pembekalan dalam melaksanakan program rawatan dan pemulihan, sedangkan kerja itu tidak dilaksanakan,” katanya.



Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua lelaki terbabit.

 

Kes tuntutan palsu: Datuk kena reman 7 hari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button