KJ, H20 takut bertanding jawatan Presiden?

Oleh – Bakhtiar Omar


 



 

Bahang pemilihan Umno semakin terasa dengan pelbagai andaian berlegar di semua platform media. Terbaru, KJ dan H20 dikatakan takut bertanding jawatan Presiden Umno kerana tidak yakin boleh menang.

Nama Khairy Jamaluddin dan Hishammuddin Hussein menjadi antara tumpuan para perwakilan Umno menjelang pemilihan kelak. Antara 2 individu ini, yang berpengalaman bertanding jawatan Presiden ialah Khairy walaupun beliau bukanlah Ketua Bahagian.

Manakala Hishammuddin pula berpengalaman sekadar Naib Presiden dan merupakan Ketua Bahagian Sembrong, Johor.



Dikatakan, KJ masih ragu-ragu akan kemampuan sendiri dan perasaan takut akan kalah sekali lagi boleh memalapkan karier politiknya.

Perlu menimbang pelbagai kemungkinan menjadi salah satu sebab KJ masih enggan menyatakan pendiriannya.

Seperkara yang perlu dilihat, KJ konsisten dalam menyatakan pendiriannya sendiri dan sukar untuk semua melihat beliau menukar nadanya dalam politik dan kritikan.



Ini antara kualiti politik yang diperlukan bagi membawa pembaharuan dalam Umno.

PERBEZAAN KETARA ANTARA KJ DAN H20 DI MATA AHLI UMNO

H20

Berbeza dengan Hishammuddin yang tampak lebih melankolik dalam berbasa-basi mengenai politik selepas tidak lagi bergelar Menteri.

Memilih untuk mendiamkan diri mengenai hasrat samada mahu bertanding atau tidak, langkah H20 nampak agak sumbang dalam Umno.



Memilih untuk menyokong Perikatan Nasional bersama 9 lagi wakil Umno seperti didakwa Hj Hadi, imej H20 merudum dengan teruknya apabila nada beliau bertukar dan menyokong Kerajaan Perpaduan.

Bagi mereka yang mengikuti secara rapat perjalanan politik pasca-pru15, dikatakan Hishammuddin sebenarnya ‘terjerat’ dengan perancangan sendiri bersama pengikutnya.

Ramai masih mempersoalkan tindakan Hishammuddin yang ‘lari’ dari Umno selepas kekalahan BN pada Pru14 dan berpendapat H20 tidak sepatutnya berbuat demikian.

Membuat penampilan semula selepas Muhyiddin mengambil-alih, H20 juga gagal memenuhi ‘janji’ beliau untuk membawa pulang Jho Low seperti dicanangnya selepas bergelar Menteri Luar ketika itu.



Hishammuddin juga dikaitkan dengan dakwaan lumpuhnya Umno Sabah yang terpengaruh dengan arahan beliau. Namun, setakat ini, dakwaan tersebut masih belum disahihkan oleh mana-mana Ketua Bahagian Umno Sabah.

Semua mata kini tertumpu kepada 2 nama ini dan menanti apakah mereka cukup berani mengumumkan langkah awal untuk bertanding jawatan Presiden Umno nanti.

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button