F1: Alonso calon utama ganti Verstappen
F1: Alonso calon utama ganti Verstappen

LONDON – Juara dunia Formula Satu (F1) dua kali, Fernando Alonso dipercayai menjadi sasaran No.1 pasukan Red Bull sekiranya pelumba utama, Max Verstappen sah meninggalkan pasukan pada penghujung musim ini.
Pandangan tersebut disuarakan oleh bekas pelumba F1 dari Jerman, Ralf Schumacher yang melihat Alonso menjadi calon terbaik pihak pengurusan Red Bull sekiranya mahu terus mencabar kejuaraan dunia pada masa akan datang.
“Kita memang tahu Ketua Prinsipal Red Bull, Christian Horner merupakan peminat tegar Alonso dan sudah pasti mencari ruang untuk menjalinkan kerjasama.
Sebagai rekod, kontrak Verstappen dengan Red Bull sepatutnya berakhir pada tahun 2028, tetapi kemungkinan besar boleh ditamatkan lebih awal kerana perselisihan faham dengan isu dalaman melibatkan Horner baru-baru ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perbicaraan Kes Rasuah Wan Saiful Bermula
- Sampaikan Peruntukan Untuk Rakyat Pun Hendak PN Politikkan, Mana Sikap Cakna Kepada Rakyat?
Selain itu, Red Bull turut mencari pelumba baharu kerana kontrak pemandu No.2 pasukan, Sergio Perez bakal berakhir pada musim ini.
Red Bull yang muncul juara dunia kategori pengeluar musim lepas dilaporkan agak terdesak untuk merombak pasukan selepas risau dengan kebangkitan Ferrari yang menggunakan khidmat juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dan Charles Leclerc. – AGENSI
F1: Alonso calon utama ganti Verstappen
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akhirnya Tembelang Wan Saiful Pecah
- Tiba Tiba Teringat Teori Subsidi Rafizi Sebelum Jadi Menteri
- Bukan Zahid, tapi Khairy yang dua kali jadi biawak hidup.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :