Lelaki ditahan bersama 2.15 kg dadah

Lelaki ditahan bersama 2.15 kg dadah

Lelaki ditahan bersama 2.15 kg dadah
Dadah jenis ganja seberat 2.15 kg yang dirampas dalam serbuan di Johor Bahru. – FOTO IHSAN POLIS

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan dengan dadah dipercayai ganja seberat 2.15 kilogram (kg) dalam serbuan di Johor Bahru di sini, kelmarin.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata dadah berkenaan ditemui dalam pemeriksaan ke atas suspek dan dianggar bernilai RM5,000.

Dalam serbuan jam 9.40 malam itu, katanya, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,100 dan motosikal jenis Yamaha LC.

“Siasatan awal mendapati suspek pernah menghantar ganja seberat satu kg dan dibayar RM200 untuk kerja itu.

“Ia disusuli dengan penghantaran 2.15 kg dadah tetapi ditahan pihak berkuasa.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif daripada sebarang jenis dadah.

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Raub berkata, suspek direman tujuh hari sehingga 15 Januari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

Lelaki ditahan bersama 2.15 kg dadah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker