Mechamato lonjak dari tangga 8 ke Nombor 1
Kuala Lumpur: Animasi tempatan Mechamato kini berada di tangga pertama undian pusingan akhir kategori Anugerah Anime Peminat bagi acara Festival Anugerah Anime Tokyo 2023 (TAAF2023).
Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Razak berharap sokongan terhadap animasi terbabit akan berterusan sekali gus mencipta sejarah membanggakan buat Malaysia di acara itu.
“Terima kasih! Mechamato dari tangga kelapan terus nombor satu. Undian masih berlangsung sehingga bulan Februari. Ia boleh dibuat sehari sekali bagi mengekalkan Mechamato di tempat pertama.
“Mari cipta sejarah animasi Malaysia menang di Festival Anugerah Anime Tokyo,” katanya.
Lebih menarik, Mechamato jelas mendapat tempat di hati peminat anime dari Jepun.
Bahkan ada yang mengajak orang ramai mengundi animasi terbabit kekal di nombor satu.
Kelmarin, Nizam berkongsi kegembiraan Mechamato layak ke pusingan akhir TAAF2023.
Peminat Jepun turut mengundinya dan terus masuk TOP 10. Undian terbuka untuk semua peminat anime serata dunia dan boleh dibuat menerusi. Vote untuk Mechamato laman web http://vote.animefestival.jp.
Pada November lalu, Mechamato menjadi satu-satunya produk animasi bukan buatan Jepun yang berada dalam tangga 30 teratas Anime TV Terbaik di anugerah berprestij itu.
METRO