Padang pasir kering dan tandus di kota Makkah bertukar hijau!

Rumput subur akibat taburan hujan berterusan

Padang pasir kering dan tandus di kota Makkah bertukar hijau!

Padang pasir kering dan tandus di kota Makkah bertukar hijau!
Padang rumput menghijau di kota Makkah. Foto: Twitter Theholymosque

WARGA maya baru-baru ini dikejutkan dengan fenomena semula jadi yang dianggap jarang-jarang berlaku di Arab Saudi.

Mana tidaknya, wilayah Arab Saudi yang terkenal dengan padang pasir yang gersang dan panas kelihatan berbeza apabila imej dirakam satelit menunjukkan kawasan itu bertukar hijau selepas menerima hujan berterusan sejak beberapa minggu lalu.

Seperti yang dilaporkan oleh Arabia Weather pada 7 Januari, imej satelit Terra yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merakam pemandangan hijau di beberapa kawasan di Arab Saudi seperti kota Makkah, Jeddah dan Madinah.

Difahamkan, taburan hujan yang tinggi direkodkan di Arab Saudi sejak Disember 2022.

Aktiviti ini hampir berterusan untuk tempoh yang sangat lama berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Akibat daripada taburan hujan yang banyak terutama di wilayah barat Arab Saudi, beberapa kawasan telah ditutup dengan ‘kehijauan’ luar biasa.

Laman Twitter @theholymosques turut berkongsi gambar-gambar pergunungan di kota Makkah yang dilatari warna hijau dan kelihatan cantik.

Di tengah-tengah fenomena ini, ramai pengguna internet melahirkan kebimbangan malah mengaitkannya dengan tanda-tanda kiamat, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW. – Theislamicinformation.com

Arab Saudi tahan 15,305 pendatang haram dalam seminggu

Padang pasir kering dan tandus di kota Makkah bertukar hijau!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker