Pemilihan Umno ; ada tajaan penaja luar?

Buang sindrom penafian dalam Umno

Oleh – Amran Klebang


Pemilihan Umno ; ada tajaan penaja luar?
Foto Hiasan

Sudah mula kedengaran cerita-cerita panas di cafe politik mengenai pemilihan Umno yang bakal berlangsung tahun ini. Kisah mengenai kewujudan penaja luar yang berminat menaja individu tertentu bertanding hanya untuk huru-harakan parti.

Tidak menuding mana-mana pihak, gerakan menaja calon-calon bertanding bukanlah perkara yang boleh dinafikan. 

Berpandukan situasi semasa, mereka yang berminat menawarkan diri sudah mula dirisik penaja luar Umno bagi memastikan kepimpinan Umno ditukar mengikut skrip penaja.



Kolobrasi penaja-penaja ini dengan parti lain semakin ketara manakala calon-calon yang mahu ditaja juga semakin ghairah ‘menjual diri’ bagi menarik perhatian penaja.

Dijangkakan segala kos promosi serta ‘road tour’ memperkenalkan diri akan dibereskan penaja, manakala calon hanya perlu memastikan kemenangan menjadi milik mereka.

Syaratnya, selepas kemenangan, calon perlu memastikan setiap arahan penaja perlu dipatuhi dan disegerakan mengikut selera penaja.

UMNO PERLU SEKAT CALON YANG DITAJA OLEH PENAJA LUAR

 

Pemilihan Umno ; ada tajaan penaja luar?

Ini sesuatu yang tidak sihat kepada politik Umno dan perlu dicegah sebelum keadaan menjadi lebih parah. 



Biarpun ahli Umno dibenarkan memilih siapa yang difikirkan layak untuk menang jawatan yang ditandingi, sebarang usaha melencongkan Umno untuk kepentingan parti lain dan individu lain perlu ditentang keras.

Kepimpinan tertinggi Umno perlu segera menutup semua kelompongan kemungkinan proses tajaan serta ‘jual beli’ undi semasa pemilihan disekat dari berlaku.

Perwakilan juga memainkan peranan penting bagi menyekat kebarangkalian proses ‘gadai diri’ tidak direalisasikan. Namun demikian, selera manusia sukar disekat jika membabitkan ‘kantung poket’. 

Apa yang membimbangkan, penaja mungkin terdiri daripada sebahagian yang turut menerima tempias projek RM92.5 billion yang dikaitkan dengan sebuah parti ketika berkuasa.

Tidak mustahil si penaja juga antara yang terbabit dalam menyusun atur dana politik ke poket sendiri dalam usaha parti lawan mempengaruhi mereka untuk belot kepada Umno.

Jika tidak, dari mana datangnya sumber kewangan yang besar untuk penaja berikan kepada calon yang bakal dijadikan ‘hamba tebusan’ mereka?

Mungkin ketika ini semua akan menafikan perkara tersebut demi menyelamatkan karier politik serta jawatan masing-masing.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker