Pemimpin kerajaan Iran tidak sehaluan?

Pemimpin kerajaan Iran tidak sehaluan?

Pemimpin kerajaan Iran tidak sehaluan?
PENUNJUK perasaan berkumpul berhampiran sebelah motosikal yang terbakar di ibu negara Teheran.-AFP

TEHERAN: Pentadbiran Iran dilihat ‘berpecah’ dalam tindak balasnya terhadap protes besar-besaran sejak beberapa bulan lalu apabila beberapa kumpulan pemimpin mahu meneruskan hukuman berat sementara yang lain memberi isyarat perdamaian bagi meredakan ketegangan yang berterusan.

Pengarah Pusat Pengajian Timur Tengah Universiti Denver, Nader Hashemi berkata, mesej bercanggah diterima daripada pentadbiran Iran yang jelas menunjukkan terdapat perdebatan dalaman tentang pendekatan yang digunakan bagi menangani protes itu.

“Dalam kebanyakan rejim autoritarian itu, terdapat ‘helang dan burung merpati’ yang tidak bersetuju dengan tindakan kejam dan menindas negara itu semasa krisis berlaku, katanya.



Peluang perbicaraan semula kepada beberapa penunjuk perasaan yang berdepan hukuman mati dan pembebasan penentang berpengaruh daripada tahanan memperlihatkan sikap sesetengah pihak yang berusaha untuk mengambil pendekatan lebih lembut.

Tetapi peringatan mengenai tindakan tegas kembali berlaku kelmarin apabila Iran menghukum mati dua lelaki kerana membunuh seorang anggota separa tentera semasa pergolakan berkaitan protes tersebut.

Demonstrasi bermula berikutan kematian Mahsa Amini, 22, ketika dalam tahanan selepas ditangkap polis moral akibat kesalahan melanggar kod etika pakaian di negara itu.

Protes bertambah buruk dan menimbulkan salah satu cabaran terbesar kepada pemerintah Iran sejak Revolusi Islam 1979 apabila pihak berkuasa bertindak balas dengan keganasan maut yang menyebabkan ratusan kematian.



Mahkamah Agung sudah melaksanakan hukuman mati ke atas empat lelaki sementara perbicaraan semula dijalankan terhadap enam daripada 14 penunjuk perasaan yang menerima hukuman sama.

BERGELUT LAKSANA DASAR YANG JELAS

Pakar Iran berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Mehrzad Boroujerdi berpendapat, tindakan itu mencerminkan kalkulus politik yang berlaku di negara itu.

“Pemimpin Iran tahu, hukuman mati beramai-ramai akan menyebabkan lebih ramai rakyatnya berhimpun di jalan raya sekali gus menggugat kedudukan mereka. Pada masa sama, mereka mahu menghantar isyarat bahawa mereka tidak teragak-agak untuk melaksanakan hukuman mati ke atas penunjuk perasaan supaya mereka digeruni.

“Rejim itu menggunakan segala-galanya daripada injap pelepas tekanan kepada hukuman penjara yang panjang dan hukuman mati kerana mereka sedang bereksperimen ketika mereka bergelut untuk merumuskan dasar yang lebih jelas,” tegasnya.

Pengarah Institut Pengajian Timur Tengah dan Islam di Universiti Durham UK, Anoush Ehteshami berkata, perbicaraan semula itu mencerminkan tekanan asing dan domestik yang semakin meningkat.

“Sebenarnya dalam rejim terdapat perpecahan tentang cara menangani perkara ini dengan penyokong tegar berkeras sementara satu pihak yang lain melihat hukuman mati menggalakkan penentangan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan.

“Kelonggaran yang kadangkala ditunjukkan oleh pihak berkuasa adalah percubaan untuk menghalang perpecahan selanjutnya dalam pertubuhan keselamatan kerana beberapa anggotanya tidak menyokong pertumpahan darah yang membawa maut,” jelasnya.

Walaupun beberapa pembebasan dilakukan, tokoh terkenal lain masih menghabiskan beberapa bulan di penjara termasuk aktivis Arash Sadeghi dan dua wartawan Iran yang membantu mendedahkan kes Mahsa.

Pada awal Disember, Ketua Pendakwa Raya, Mohammad Jafar Montazeri berkata, polis moral telah dimansuhkan tetapi tiada pemimpin lain yang mengesahkan perkara itu.

“Pengumuman itu mencerminkan perdebatan dalaman dan menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya satu bahagian dalam rejim pemerintah memihak kepada cara yang kurang kejam untuk menguatkuasakan kod pakaian wanita, kata Hashemi.-AFP

‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

Pemimpin kerajaan Iran tidak sehaluan?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker