Enggan Berlaku Pertembungan Adik Beradik Membuatkan Ustaz Kazim Elias Tarik Diri Dari Jadi Calon

Enggan Berlaku Pertembungan Adik Beradik Membuatkan Ustaz Kazim Elias Tarik Diri Dari Jadi Calon

Enggan Berlaku Pertembungan Adik Beradik Membuatkan Ustaz Kazim Elias Tarik Diri Dari Jadi Calon

Belum lagi gelanggang PRU 15 dibuka sepenuhnya, kerusi parlimen Larut sudah mendapat perhatian umum.

Sebelum ini dalam pengumuman yang dibuat oleh pengerusi Barisan Nasional, DS Zahid, BN dijangka akan meletakkan penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias sebagai calon di parlimen Larut.

Namun dalam pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi Perhubungan BN Perak, berlaku perubahan calon di kerusi parlimen tersebut.

Ustaz Kazim Elias akan digantikan oleh Mohd Shafiq Fadly sebagai calon BN di kerusi parlimen Larut, Perak.

Dari semakan yang penulis lakukan, penarikan diri Ustaz Kazim tidak ada kena mengena dengan tidak mendapat apa-apa makluman mengenai pencalonan beliau dari kepimpinan pusat dan negeri.

Ustaz Kazim dikatakan sudah dimaklumkan dan sudah pun memberi persetujuan awal mengenai pencalonan beliau.

Namun, apabila PPBM/PN meletakkan abang beliau, Najmuddin Elias, sebagai calon di DUN Batu Kurau, telah membuatkan Ustaz Kazim terpaksa menimbangkan semula keputusan beliau.

Sebagai seorang agamawan, Ustaz Kazim cuba mengelakkan sebarang perselisihan yang berpunca dari politik.

Bagi beliau, politik adalah satu wadah untuk menyatukan ummah dan bukannya untuk memecahbelahkan ummah terutamanya tali persaudaraan.

Berita penarikan diri Ustaz Kazim dengan pantas diambil kesempatan oleh PH untuk menaburkan fitnah.

Baca di sini:

https://beautifulnara.com/dikutuk-semalaman-sertai-pru-15-ustaz-kazim-elias-umum-tarik-diri-pagi-ini/

Kepada ‘beautifulnara’, buatlah semakan terlebih dahulu dan jangan terlalu ghairah menabur fitnah.

Biar muka buruk, tapi jangan akhlak buruk.

Namun begitu, Ustaz Kazim dikatakan mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan BN pusat dan negeri kerana memberi kepercayaan kepada beliau.

Dalam masa yang sama, beliau meminta maaf kepada semua kerana terpaksa membuat keputusan sedemikian demi untuk kebaikan semua.

 

Masalah Kesihatan Dan Enggan Berlaku Pertembungan Adik Beradik Membuatkan Ustaz Kazim Elias Tarik Diri Dari Jadi Calon

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker