Seperti Cosmos menandatangani Pele

RIYADH: Jurulatih kelab baharu Cristiano Ronaldo, Rudi Garcia semalam membandingkan ketibaan bintang Portugal itu ke Al-Nassr di Arab Saudi seperti Pele datang ke New York Cosmos pada 1975.

“Ia sedikit seperti ketibaan Pele ketika itu dalam Liga Bola Sepak Amerika Utara,” kata Garcia kepada AFP.

“Terutama untuk pembangunan bola sepak, sukan dan budaya di Arab Saudi.”

Pada usia 34 tahun, Pele kembali seketika daripada persaraan untuk mencetuskan minat mendalam dalam bola sepak di Amerika Syarikat (AS) manakala Ronaldo, 37, datang selepas perpisahan memeritkan bersama Manchester United.

“Ia hebat. Hebat untuk kami, untuk Al-Nassr. Hebat untuk Arab Saudi,” kata pengendali dari Perancis itu.

“Cristiano Ronaldo lebih daripada seorang pemain. Dia adalah seorang daripada pemain terbaik di dunia.”

Garcia bercakap ketika kunjungan ke Riyadh sempena Rali Dakar yang diadakan di Arab Saudi dan seperti biasa pembelian mahal Ronaldo, mencetuskan kritikan terhadap pemimpin negara itu kerana cuba mengalih tumpuan terhadap rekod hak kemanusiaan negara itu.

“Untuk pembanguna di Arab Saudi dan Timur Tengah, ia sangat penting,” kata Garcia. “Jika hari ini, Dakar berada di sini, ia membawa sesuatu ke dalam sukan dan pembangunan budaya di sebuah negara yang boleh melakukan lebih daripada itu.”

“Adalah menakjubkan melihat betapa kelab kami menjadi tumpuan. Kini semua orang tahu di seluruh dunia di mana kelab kami berada,” kata Garcia mengenai impak Ronaldo di luar padang terutama membabitkan media sosial.

“Kami berada dari 800,000 (pengikut) kepada 10 juta dalam beberapa jam, beberapa hari, kerana ketibaan Cristiano.”

Garcia berkata dia gembira dengan bintang baharunya itu.

“Juara terhebat paling senang diuruskan,” katanya.

“Dia mudah bercampur dengan skuad. Kami melihatnya berjenaka dan ketawa dengan gembira bersama rakan sepasukan baharu. Dia bersama kami dalam perlawanan terakhir, walaupun dia tidak bermain. Dia berada dalam bilik loker, mengayuh basikalnya.” – AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker