Gelagat Aaisyah Dhia Rana Marah Bila Che Ta Panggil Dia Bibik [VIDEO]

Raih Perhatian Ramai!

Gelagat Aaisyah Dhia Rana Marah Bila Che Ta Panggil Dia Bibik [VIDEO]

Gelagat Aaisyah Dhia Rana Marah Bila Che Ta Panggil Dia Bibik [VIDEO]

Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

“Muka Terletak Helok, Pakai Baju Kelawar Pun Tetap Segak”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 115 ribu, tanda suka sebanyak 3232 dan sebanyak 47 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang menanyakan kepada Aaisyah ke mana dia pergi bersama ayahnya kerana memakai pakaian yang agak ringkas sebegitu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Esok penentuan kes AMLA Najib Razak


“Aaisyah dari mana ni?, Aaisyah hang pakai baju macam ni? hang kalau keluar dengan daddy memang macam bibik!”-kata Che Ta

“Adakah ini bibik yang diperkatakan itu?”-tambah Che Ta

@rozitachewan1

Maqah kita ckp dia mcm bibik🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣 . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #cekangjelita #fyp #bibik

♬ Aajkal Tere Mere Pyar Ke Charche – 🌺𝑹𝒊𝒆𝒛 𝒇𝒆𝒍𝒊𝒔𝒚𝒂🌺

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa tidak kisah Aaisyah memakai baju apa, akan terlihat sangat cantik juga. Mereka juga memberitahu ingin melayan anak perempuan mereka seperti mana Che Ta melayan Aaisyah, umpana seorang puteri diraja.

Apa-apa pun, itu hanyalah gurauan anak-beranak sahaja. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

Gelagat Aaisyah Dhia Rana Marah Bila Che Ta Panggil Dia Bibik [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker