Annuar Musa bukan Presiden Umno, perlu hormati institusi

 

Oleh – Bakhtiar Omar

Tan Sri Annuar Musa

Seringkali bercanggah pandangan, Tan Sri Annuar Musa perlu ingat, beliau sendiri bukanlah Presiden Umno dan perlu menghormati institusi parti itu sendiri.

Sebagai seorang yang menyatakan dirinya lebih ‘senior’ dari Zahid Hamidi, Annuar sepatutnya senada dengan apa yang diputuskan parti dan bukannya kontra.

Menghormati setiap pandangan yang dilontarkan, Tan Sri Annuar Musa juga perlu menerima sekiranya ada kalangan ahli Umno mengkritik caranya mengulas mengenai Umno.

Annuar Musa bukan Presiden UMNO

Beliau yang menasihati Ketua Bahagian Umno Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, untuk tidak berlagak seperti Presiden Umno, sewajarnya sedar beliau juga pernah mengkritik Zahid Hamidi secara terbuka melalui media massa.

Mungkin Annuar Musa lupa beliau apabila secara terbuka tidak bersetuju dengan kesiapsiagaan BN menghadapi PRU15 semasa ucapan Presiden Umno di EGM UMNO dan memberi pandangan sebaliknya.

Adakah ini membawa maksud beliau tidak yakin dengan Umno? Jika beliau mahu orang lain menerima kritikan serta pandangannya mengapa beliau tidak pula mahu menerima kritikan serta pandangan orang lain?

Nur Jazlan Mohamed

Annuar menasihati Jazlan untuk tidak memberi komen mengenai soal perjanjian melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Annuar lagi, soal perjanjian adalah prerogatif antara Ismail Sabri dan Muhyiddin. Bagaimanapun, Annuar perlu ingat, prerogatif adalah hak Perdana Menteri dan bukannya hak bekas Perdana Menteri.

Sehingga hari ini, Annuar Musa masih belum menjawap samada benar atau tidak surat perjanjian yang tular. Nama beliau  dan Hamzah Zainuddin turut tertera dalam surat tersebut sebagai saksi perjanjian yang turut didakwa sesetengah pihak sebagai palsu.

Surat perjanjian palsu, siapa berani tampil sahkan?

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker