Desas desus Muhyiddin akan ditangkap tersebar.

 

Kes salah guna kuasa dan penyelewengan wang membabitkan kerajaan Perikatan Nasional , khusus nya Parti Bersatu kian bertambah menarik .

Skandal perbelanjaan wang milik rakyat Ketika darurat PKP kini didalam siasatan pelbagai pihak termasuk Surhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.



Dalam siasatan ada lah kelompok wang RM92 bilion yang dikatakan datang dari jumlah RM600 billion.

Baru baru ini beberapa individu yang rapat dengan bekas Perdan Menteri Muhyiddin Yassin telah diseret ke pejabat SPRM dan direman didalam lokap, berkaitan penyelewengan wang projek dengan isu menerima komisyen dari kontraktor dari beberapa projek.

Menurut sumber yang kami terima , wang dituntut oleh individu yang  ditahan ada lah sekitar 3% sehingga 5% .



Maka, jika jumlah nya RM92 bilion dan wang dituntut sekitar 3-5% maka anggaran sekitar RM4 bilion telah diambil.

Menurut seorang Bloggers dan penulis politik terkenal Raja Petra Kamaruddin , maklumat yang diperolehi nya, bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga berkemungkina akan ditahan dan dibawa untuk soal siasat tidak berapa lama lagi.

Ini berdasarkan siasatan terhadap semua mereka yang rapat dengan Muhyiddin  termask menantu dan juga ahli keluarga nya.



RPK juga turut menyatakan ada lah perkara biasa untuk menyiasat mereka mereka yang disekeliling ‘main suspect” terlebih dahulu bagi mengumpul maklumat dan pembuktian sebelum orang utama dicekup.

Apa pun kita harus sabar menunggu siasatan lanjut dan perkembangan selanjut nya berkaitan skandal wang terbesar negara yang membabitkan puak yang pernah menzalimi Datuk Seri Najib Razak.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button