Empat pegawai, anggota polis dikatakan mangsa ugutan Ayahanda Zul

Empat pegawai, anggota polis dikatakan mangsa ugutan Ayahanda Zul

Empat pegawai, anggota polis dikatakan mangsa ugutan Ayahanda Zul

Kuala Terengganu: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman antara empat pegawai dan anggota polis yang menjadi mangsa ugutan peniaga dikenali sebagai Ayahanda Zul.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata selain Suffian, tiga lagi pegawai dan anggota yang dikatakan menerima ugutan lelaki terbabit adalah daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.



Beliau berkata, ugutan itu dikatakan dibuat lelaki terbabit pada November tahun lalu.

“Berikutan itu, empat kertas siasatan dibuka terhadap lelaki berusia 53 tahun itu yang kini masih dalam tahanan reman sehingga lusa bagi membantu siasatan kes,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini, hari ini.

Rohaimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1963.

Media sebelum ini melaporkan suspek yang sebelum itu menyembunyikan diri selepas sedar diburu polis ditahan di Bangi, Selangor, kira-kira jam 12 tengah malam, 2 Januari lalu, sebelum dibawa ke IPD Dungun.



Siasatan awal mendapati lelaki terbabit disyaki menggunakan pertubuhan haram diketuainya untuk melindungi kegiatan pengedaran dadah di sekitar daerah Dungun.

Difahamkan, ugutan itu dibuat selepas tidak berpuas hati dengan ketegasan PDRM membanteras aktiviti pengedaran dadah berkenaan.

Ayahanda sihat dan selamat – Nizar



Empat pegawai, anggota polis dikatakan mangsa ugutan Ayahanda Zul


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button