‘Orang Curang, Susah Nak Mengaku Salah’ – Dr Fadzilah Kamsah

Pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah menyuarakan pendapatnya tentang isu curang di laman Instagram (IG).

Menurutnya, individu yang melakukan curang dalam satu hubungan tidak akan mengaku salah dengan kesilapan yang dilakukan.

Bukan paksaan, tapi pilihan

Menerusi hantaran yang dikongsikan kepada umum, orang yang curang akan berusaha meletakkan kesalahan diri sendiri kepada orang lain. Dalam erti kata lain, salah tersebut berpunca daripada pasangan atau orang ketiga.



Ketahuilah bahawa meraka yang curang ini tak tunggu kita buat salah.

Itu bukan salah kita. Itu realitinya salah pasangan.

Sebab curang ini bukan paksaan tetapi pilihan.

Jangan rasa down…

Berdasarkan kes yang pernah diuruskannya, Fadzilah mendedahkan individu yang teraniaya sering kali yang sudah cukup sempurna dari segala aspek.



Banyak kes yang saya uruskan, orang tu sudah buat yang terbaik. Boleh kata dah sempurna.

Itulah yang kena tinggal. Itulah yang kena tipu dan pasangannya berlaku curang.

Maka, jangan pernah rasa down. Rasa diri ini tak berguna bila pasangan sendiri yang memilih untuk curang.

Dalam pada masa yang sama, Fadzilah turut memberi peringatan dengan menyatakan orang yang tidak bersyukur serta melakukan perkara yang dilarang termasuk dalam golongan orang yang tidak mendapat reda Allah.



@fadzilahkamsah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button