Keluhan Syatilla Melvin Raih Perhatian [VIDEO]

“Pinjamkan Rahim Tapi Muka Anak Ikut Mak Mentua”

Keluhan Syatilla Melvin Raih Perhatian [VIDEO]

Keluhan Syatilla Melvin Raih Perhatian [VIDEO]
Keluhan Syatilla Melvin Raih Perhatian [VIDEO]
Siapa yang tidak kenal dengan pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.

Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.

Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.

“Muka Anak Ikut Suami & Mak Mentua, Aku Mana?”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @samtillahq yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 440 ribu, tanda suka sebanyak 7527 dan sebanyak 97 komen.

Video berkenaan, memaarkan Syatilla Melvin yang sedang bercakap mengenai wajah anaknya yang ikut muka suami dan mak mentuanya itu.

@samtillahq

Loan? Tilla kalau hat kelakar pergi kat dia ja🤣🤣🤣🤣

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa, mereka juga mengalami perkara yang sama seperti Syatilla Melvin di mana anak-anak mereka ikut muka suami dan juga mak mentua.

Apa-apa pun, tidak kisahlah ikut muka siapa yang penting sikap dan didikan harus diberikan yang terbaik dari kecil. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Keluhan Syatilla Melvin Raih Perhatian [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Sudah Overkilled Mahathir

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker