Tayar botak, signal patah antara kesalahan teknikal dilakukan pengguna

Oleh – Syeikh Baran


Tayar botak, signal patah antara kesalahan teknikal dilakukan pengguna
JPJ Selangor bersama Jabatan Siasatan Penguatkusaan Trafik PDRM memeriksa penunggang motorsikal dan pemandu kenderaan dalam ‘Ops Patuh Bersepadu’ di Plaza Tol Puchong Selatan. FOTO Fathil Asri

Tayar botak dan signal rosak. Itu kesalahan teknikal yang sering dilakukan pengguna jalan raya.

Kesalahan itu direkodkan berlaku peningkatan sebanyak 32 peratus pada tahun 2023.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, kesalahan teknikal pada 2023 adalah 349,289 berbanding 263, 768 kesalahan pada 2022.



“Kesalahan teknikal itu adalah seperti tayar kenderaan botak, signal rosak dan sebagainya. Peningkatan 32 peratus itu berkemungkinan disebabkan pemandu yang kurang mengambil berat tentang keadaan kenderaan mereka.

“Kepada pemandu, sila periksa kenderaan anda sebelum meneruskan perjalanan dengan memastikan ia dalam keadaan baik,” katanya ketika sidang akhbar Operasi Patuh Bersepadu JPJ Negeri Selangor di Plaza Tol Puchong Selatan, di sini, hari ini

Menurutnya, pengeluaran notis juga meningkat sebanyak 32 peratus dalam tempoh sama.

Katanya, pada 2023, pengeluaran notis adalah 349,289 berbanding 263, 768 pada tahun 2022.



Mengulas mengenai operasi yang dijalankan, sekatan di lokasi yang bermula kira-kira pukul 8.45 malam itu membabitkan seramai 142 termasuk anggota JPJ, Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan , LITRAK dan PLUS.

“Sehingga 9.30 malam, sebanyak 1,217 kenderaan telah diperiksa manakala sebanyak 583 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Notis tertinggi adalah membabitkan 159 notis kesalahan tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau luput, kesalahan teknikal (142) dan tiada lesen memandu (105),” katanya.

Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker