Demi Survivor UMNO, Penyokong DS Najib Mesti Sokong Kerajaan Perpaduan

 

Demi Survivor UMNO, Penyokong DS Najib Mesti Sokong Kerajaan Perpaduan

Gerakan untuk menghasut penyokong DS Najib supaya memboikot calon Kerajaan Perpaduan dalam pilihanraya di 6 negeri semakin rancak dijalankan.

Penyokong DS Najib dihasut kononnya kerajaan dan kepimpinan tertinggi UMNO sudah tidak lagi boleh diharapkan untuk memberi keadilan kepada DS Najib.

Malah, ada hasutan yang mendakwa kononnya keadilan untuk DS Najib akan ditunggang untuk Kerajaan Perpaduan mendapat sokongan dalam pilihanraya negeri.

Mereka berkata, sudah 7 bulan Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, kepimpinan UMNO sudah berada di Putrajaya, tetapi DS Najib tetap di penjara.



Penulis berharap, penyokong DS Najib yang akan mengundi di pilihanraya negeri supaya lebih rasional dan tidak mengikut emosi.

@johariishak19

sila hadam

♬ original sound – Johari bin Ishak – Johari bin Ishak

Melalui anak DS Najib sendiri, kita dimaklumkan bahawa DS Najib mahu supaya penyokong beliau menyokong Kerajaan Perpaduan dan parti.

Jadi mengapa mereka yang mengaku sebagai penyokong DS Najib mahu sabotaj calon Kerajaan Perpaduan di dalam pilihanraya negeri nanti?

Apa Akan Berlaku Kepada UMNO Sekiranya Kalah Dalam PRN?

 

Demi Survivor UMNO, Penyokong DS Najib Mesti Sokong Kerajaan Perpaduan

Sebagaimana yang penulis katakan, survivor UMNO ketika ini adalah bergantung kepada ehsan Pakatan Harapan.



Ini adalah kenyataan yang mesti diterima oleh semua akar umbi UMNO di seluruh negara.

Kehadiran UMNO di dalam Pakatan Harapan adalah dengan harapan supaya UMNO dapat menarik sokongan pengundi Melayu.

Ianya mesti UMNO buktikan dengan memenangi seberapa banyak kerusi di dalam pilihanraya di 6 buah negeri yang bakal menjelang.

Sekiranya akar umbi UMNO memboikot pilihanraya negeri dan UMNO kalah di kebanyakan kerusi yang ditandingi, UMNO akan dilihat seperti melukut di tepi gantang dalam PH.

Sekiranya Pakatan Harapan menyingkirkan UMNO, mereka masih lagi mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat.

Keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya UMNO tersingkir, maka Perikatan Nasional pula menyertai Kerajaan Perpaduan.

Dengan hanya berbekalkan 26 kerusi parlimen, UMNO akan menjadi pembangkang yang cukup lemah.

UMNO/BN boleh bertanding sehingga 222 kerusi parlimen di dalam PRU 16, tetapi persoalannya, bolehkah UMNO/BN menang?

Kekuatan parti politik diukur bukan pada jumlahn kerusi yang ditandingi atau jumlah ahli, tetapi dari jumlah kerusi yang dimenangi dalam pilihanraya.

Dalam kedua-dua keadaan di atas, mampukah UMNO bertahan dengan asakan PH dan PN?

Mampukah kita perjuangkan keadilan untuk DS Najib dalam keadaan Muhyiddin yang memenjarakan beliau telah kembali berkuasa?

Fikirlah secara rasional.

Jangan mudah termakan hasutan dan fitnah dari mereka yang mendakwa pejuang DS Najib tetapi hakikatnya sangat memusuhi beliau dan UMNO.

 

Demi Survivor UMNO, Penyokong DS Najib Mesti Sokong Kerajaan Perpaduan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker