Wanita maut dirempuh treler ketika berhenti di bahu jalan

KUALA KANGSAR: Wanita maut akibat dirempuh treler ketika mangsa bersama tiga lagi individu berhenti di bahu jalan KM235.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, di sini, hari ini selepas kenderaan dinaiki mereka mengalami kerosakan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata nahas membabitkan sebuah treler kontena tanpa muatan melanggar bahagian sisi kereta yang dinaiki mangsa bersama tiga individu berkenaan.

Katanya, panggilan diterima jam 5.23 pagi tadi dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke lokasi.

Difahamkan, sejurus kejadian treler kontena itu turut terbalik.



Menurutnya, sejurus sebelum kejadian wanita yang maut itu berada di sisi kereta berkenaan setelah ia berhenti kerana mengalami kerosakan.

“Pelanggaran mengakibatkan mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala tiga individu lain yang turut menaiki kereta terbabit, selamat.

“Mangsa yang maut seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pagi in.

Katanya, operasi tamat jam 6.02 pagi.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker