Mana mau lari

Parit Buntar: Lelaki ditahan selepas disyaki memecah masuk sebuah kedai makan di Jalan Keli, Taman Kerian Permai di sini, semalam.

Lelaki berkenaan ditahan orang awam dalam kejadian pada 11 pagi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mazuki Mat berkata, lelaki itu pada mulanya dikesan berada dalam keadaan mencurigakan oleh pekerja premis jualan kereta yang terletak bersebelahan dengan kedai makan terbabit.



Menurutnya, curiga dengan lelaki itu, pekerja kedai kereta berkenaan bersama rakan bertindak mengintip tindak tanduknya dari luar premis.

“Sejurus mendapati suspek berada di dalam kedai makan terbabit, pekerja kedai kereta itu terus menjerit dan menyebabkan suspek terkejut lalu melarikan diri melalui pintu hadapan kedai sebelum ke kawasan Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Ridhwan.

“Pekerja kedai kereta dan rakannya terus mengejar lelaki berkenaan dan berjaya menahannya sebelum mereka menghubungi polis,” katanya.

Menurutnya, suspek berusia 33 tahun dan berasal dari Kulim ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.



Video dan gambar kejadian itu yang sempat dirakam orang awam itu tular di media sosial tempatan mengundang pujian warganet yang memuji tindakan pantas dan berani beberapa lelaki hingga berjaya menahan suspek terbabit.

hMETRO

KAF JAWAP ISU ‘SEDEKAH PAKSA’ YANG TULAR DI MEDIA SOSIAL



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button