Doomsday Menanti PN Apabila Kotak Pandora Mula Di Buka

Doomsday Menanti PN Apabila Kotak Pandora Mula Di Buka

Doomsday Menanti PN Apabila Kotak Pandora Mula Di Buka

Beberapa hari lepas, penulis memberikan penjelasan mengapa perdana menteri, Anwar Ibrahim memberi keutamaan kepada siasatan berkaitan RM92.5 bilion.

Apabila skandal berkaitan RM92.5 bilion dapat dirungkai sepenuhnya, ianya ibarat membuka kotak pandora yang selama ini menyimpan seribu satu rahsia yang disembunyikan.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/01/06/mengapa-anwar-ibrahim-beri-keutamaan-kepada-skandal-rm92-5-bilion/

Kini, SPRM dilihat sudah menemui kunci kotak pandora yang selama ini disembunyikan oleh pihak tertentu.

Bermula dengan skandal penjualan kepentingan Telekom Berhad ke atas Menara KL, SPRM telah memanggil 3 orang saksi untuk di soal siasat.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/12/30/isu-menara-kl-sprm-panggil-3-saksi-untuk-di-siasat/

Kemudian SPRM memanggil pula seorang pemimpin politik di peringkat bahagian yang didakwa meminta suapan antara 3% hingga 5% bagi projek yang bernilai antara RM50 hingga RM500 juta.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/01/07/sepupu-kepada-menantu-muhyiddin-di-reman-sprm/

Dalam perkembangan yang lain, SPRM menahan pula seorang bekas pengerusi NGO di selatan tanah air kerana dikatakan membuat tuntutan palsu.

Baca di sini:

https://berita.rtm.gov.my/~berita/index.php/semasa/54886-kemuka-tuntutan-palsu-bekas-pengerusi-ngo-bergelar-datuk-antara-ditahan-sprm

Penulis difahamkan, antara yang menjadi perhatian SPRM ialah isu ‘mark-up’ projrk YTL di Sabah.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/12/28/sprm-hadapi-zaman-sibuk-lepas-siasat-rm92-5-bilion-fail-mark-up-projek-ytl-di-sabah-menunggu/

Malah penulis juga dimaklumkan, salah seorang menteri besar kini dalam perhatian SPRM dan hanya menunggu masa untuk dipanggil.

Penulis tidak mahu membuat sebarang spekulasi untuk mengaitkan kesemua skandal itu dengan parti Perikatan Nasional (PN) yang ‘Best’ dan ‘Bersih’…😜😜😜

Tetapi menurut blogger yang pro PN, Raja Petra Kamaruddin (RPK), beliau seakan mengakui sekiranya segalanya terbongkar, PN ibarat akan menghadapi ‘doosday’.

RPK dilihat mengaitkan kesemua kes yang sedang dan akan disiasat oleh SPRM dengan parti PN yang ‘Best’ dan ‘Bersih’ tuu…😂😂😂

Perbelanjaan Melebihi RM200,000 Adalah Menjadi Kesalahan Dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954

Menurut RPK, hampir kesemua calon parlimen dari PN dikatakan telah berbelanja lebih dari RM200,000 yang dibenarkan oleh SPRM.

Untuk rekod, perbelanjaan yang dibenarkan oleh SPRM untuk dibelanjakan oleh calon kerusi parlimen semasa berkempen hanyalah RM200,000.

Baca di sini:

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/03/17/had-belanja-kempen-untuk-pru13-kekal-sama–spr

Menurut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, dalam Perkara 19 (1)(a) menyebut:

Tertakluk kepada apa-apa kecualian sebagaimana yang dibenarkan menurut Akta ini.

Tiada wang boleh dibayar dan tiada belanja boleh dilakukan oleh seseorang calon dalam sesuatu pilihanraya atau oleh ejen pilihanrayanya.

Selepas tarikh notis mengenai pilihan raya itu disiarkan dalam Warta.

Semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, kerana atau berkenaan dengan penjalanan atau pengurusan pilihan raya itu, yang lebih daripada:

(a) Dua ratus ribu ringgit (RM200,000) dalam hal sesuatu pilihan raya bagi Dewan Rakyat

Dan menurut perkara 32 dalam akta yang sama menyebut:

Pemilihan seseorang calon dalam mana-mana pilihan raya hendaklah diisytiharkan sebagai batal atas suatu petisyen pilihan raya atas mana-mana daripada alasan yang berikut.

Yang boleh dibuktikan dengan memuaskan hati Hakim Pilihan Raya.

Baca di sini:

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Lihat Mukasurat 30 & 51)

Sekiranya terbukti calon PN dalam PRU 15 telah membelanjakan lebih dari RM200,000 dan boleh dibuktikan serta memuaskan hati hakim Mahkamah Pilihanraya, kemenangan mereka boleh terbatal.

Maka PN yang ‘Best’ dan ‘Bersih’ tuu, akan mencatat sejarah sebagai parti yang pertama dibatalkan kemenangan calon mereka secara besar-besaran.

‘Best’ dan ‘Bersih’ parti Perikatan Nasional kannn…😝😝😝

 

Doomsday Menanti PN Apabila Kotak Pandora Mula Di Buka

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker