DS Zahid Mesti Mendedahkan Segalanya Dalam Ucapan Dasar Presiden, Bukan Membawa Kisah Hikayat 1001 Malam Atau Syair Siti Zubaidah

DS Zahid Mesti Mendedahkan Segalanya Dalam Ucapan Dasar Presiden, Bukan Membawa Kisah Hikayat 1001 Malam Atau Syair Siti Zubaidah

DS Zahid Mesti Mendedahkan Segalanya Dalam Ucapan Dasar Presiden, Bukan Membawa Kisah Hikayat 1001 Malam Atau Syair Siti Zubaidah

Persidangan Agung UMNO 2022 sudah membuka tirainya.

Yang paling dinantikan oleh perwakilan dan akar umbi UMNO di seluruh negara adalah ucapan dasar presiden.



Presiden UMNO kini ibarat seorang panglima yang sedang mengalami cedera parah.

Sama ada beliau sedar atau tidak, mahu mengakuinya atau tidak, beliau kini sedang memimpin satu bala tentera yang sudah mengalami kekalahan yang sangat besar dalam peperangan.

Bala tentera yang beliau pimpin sekarang ini sedang berpecah belah.

Ada sebahagian yang masih lagi yakin dan setia dengan kepimipinan beliau.



Manakala sebahagian lagi yang sudah mula hilang keyakinan dan kesetiaan mereka terhadap beliau sudah mula luntur.

Mereka mula tertanya-tanya ke manakah halatuju UMNO yang akan beliau bawa selepas kekalahan yang besar ini.

Malah mereka juga masih lagi bingung, mengapakah UMNO sekarang dilihat bersekutu dengan musuh tradisi yang telah berlarutan berdekad lamanya.

Untuk Presiden UMNO menemui setiap akar umbi dalam armada beliau adalah sesuatu yang sangat mustahil.



Bilangan ahli UMNO bukan sedikit, tetapi melebihi 4 juta orang!!!

Ucapan Dasar Presiden Adalah Platfom Terbaik Untuk Presiden UMNO

Ucapan dasar presiden yang akan beliau sampaikan dalam pembukaan sebenar tirai PAU 2020 merupakan platfom terbaik untuk beliau jelaskan segala-galanya.

DS Zahid mesti menjelaskan apakah punca sebenar kekalahan UMNO dalam PRU 15.

Siapa pengkhianat dan apa yang telah mereka lakukan.



Dedahkan identiti mereka dengan sejelas-jelasnya dan terangkan apakah tindakan yang sudah, sedang dan akan diambil terhadap pengkhianat tersebut.

Apakah perancangan sebenar pengkhianatan mereka dan apakah implikasinya terhadap UMNO atas pengkhianatan mereka.

Mengapakah tindakan bersekutu dengan musuh UMNO yang berdekad lamanya terpaksa dilakukan.

Apakah implikasi sekiranya kita salah memilih sekutu di era pasca PRU 15.



Masa untuk berlapang dada sudah habis, presiden UMNO sudah diserang dengan teruk oleh musuh dalaman dan luaran UMNO.

Malah beliau sudah ‘ditelanjangkan’ tanpa rasa kasihan di dalam strategi politik jijik musuh dari dalam dan luar UMNO.

Menjadi kebiasaan, ucapan dasar presiden UMNO akan ditonton secara langsung oleh akar umbi UMNO secara atas talian.

‘Telanjangkan’ musuh UMNO yang berada di luar dan yang masih bersembunyi di rumah agam UMNO.



Akar umbi mahu mendengar apa yang sebanarnya sedang dan sudah berlaku dan bukannya cerita mengenai Hikayat 1001 malam atau syaer Siti Zubaidah!!!

 

DS Zahid Mesti Mendedahkan Segalanya Dalam Ucapan Dasar Presiden, Bukan Membawa Kisah Hikayat 1001 Malam Atau Syair Siti Zubaidah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button