Dua gol lewat julang Inter

Paris: Lautaro Martinez menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki dua minit dan Francesco Acerbi menanduk masuk gol kemenangan pada masa tambahan bagi membolehkan Inter Milan menewaskan Parma 2-1 dalam aksi Piala Itali, awal pagi tadi.

Juara bertahan Inter ketinggalan kepada pelawat dari Serie B Parma apabila Stanko Juric yang masuk menggantikan Dennis Man yang tercedera menjaringkan gol minit ke-38.

Inter beraksi tanpa beberapa pemain utama termasuk Romelu Lukaku, Marcelo Brozovic, Samir Handanovic dan Nicolo Barella.

Mereka gagal mencipta percubaan tepat pada babak pertama bagi menguji penjaga gol berusia 44 tahun, Gianluigi Buffon yang kembali ke Parma selepas mengalami kecederaan berpanjangan.



Inter menguasai perlawanan pada babak kedua tetapi kurang menyengat sehinggalah pemenang Piala Dunia, Martinez memecah kebuntuan dengan menewaskan Buffon minit ke-88.

Pada minit ke-110, Acerbi yang masuk di babak kedua menanduk masuk bola muntah susulan kegagalan Buffon menampan dengan kemas bagi memastikan kemaraan Inter ke saingan lapan terakhir dan akan menentang Atalanta atau La Spezia.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker