Khairy dan kluster Broker  akan tetap bersama Anwar jika jadi Presiden UMNO, sebuah janji yang tiada jaminan.

Semalam Khairy Jamaluddin memberi ‘hint’ beliau dan sekutu  atau Kluster Broker akan terus bersama Anwar dan Pakatan Harapan jika beliau atau sekutu nya memenangi  jawatan Presiden UMNO.

Selain berkata sedemikian , ia juga memberi petunjuk Khairy akan bertanding sebagai Presiden UMNO.

Namun, kenyataan Khairy sekadar kata kata awal sahaja yang tidak ada jaminan.

Ini kerana , kenyataan tidak lengkap ini tidak termasuk perundingan nanti dimana syarat syarat tertentu akan diberi dan jika ada yang tidak disetujui , maka ada lah alasan untuk Kembali kepada pelan asal ia itu bersama sama dengan Perikatan Nasional.

Mungin syarat syarat diberi ada lah mahu membantu pihak tertentu melepaskan diri dari beberapa kes yang sedang di ‘build up’ oleh kerajaan Anwar.

Semua orang sudah dimaklum kan berkenaan siasatan terhadap kerajaan Muhyiddin Ketika membelanjakan wang rakyat pada era darurat terdapat banyak ketirisan.

Sudah pun ada beberapa tangkapan dan individu direman atas kes kes RM92 billion ini.

Antara yang sudah berada di lokap Surhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia adalah mereka yang terdekat dengan Mantan Perdana Menteri Muhyyidin Yassin,

Khairy dan beberapa orang lagi pemimpin UMNO yang condong kepada Muhyiddin sedikit pun tidak menyerang Muhyiddin dalam hal hal penyelewengan dan salah guna kuasa.

Sebalik nya mereka amat vokal dan bising berkenaan kes Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi walaupun Khairy sendiri dan Muhyiddin Yassin ada menerima wang dari Ultra Kirana Sendirian Berhad.

Ini sahaja sudah menunjuk kan pendirian mereka terhadap Perikatan Nasional.

Maka, mungkin janji awal Khairy sekadar mewakili Kluster nya kerana Hishamuddin Hussin dan Ismail Sabri tidak cukup berani untuk bertanding jawatan Presiden.

Ini kali kedua Khairy menawarkan diri untuk menjadi Presiden , dimana pada beberapa tahun lalu Khairy bertanding kali pertama dan tewas kepada Zahid Hamidi dalam pertandingan tiga penjuru.

Pada pertandingan itu , pada mula nya Khairy tidak bertanding tetapi tukar pendirian disaat akhir dipercayai atas permintaan ‘seseorang’ .

Dengan ini , bertambah menarik lagi pemilihan UMNO dengan pihak luar yang lebih ghairh untuk masuk campur demi menjaga kepentingan mereka  menguna kan calon proksi mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker