KJ beri bayangan tanding jawatan Presiden Umno
Janji sokong Anwar Ibrahim sebagai insurans?
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Menjelang PAU 2022, KJ memberi bayangan beliau berminat bertanding jawatan Presiden Umno bila mengeluarkan kenyataan akan terus menyokong Anwar sebagai PM.
Ramai kalangan pemerhati politik menyifatkan kenyataan KJ hanyalah sebagai insurans buat dirinya sekiranya tidak tidak berjaya mengambil alih jawatan tersebut dari Zahid Hamidi.
“Terdapat kebimbangan sekiranya berlaku perubahan dalam kepimpinan Umno, ia akan membawa ketidakstabilan politik yang akan membawa kepada kejatuhan kerajaan, satu lagi Langkah Sheraton, dan satu lagi kerajaan akan masuk dan seorang perdana menteri baru mengangkat sumpah.
“Loke, saya ingin menyatakan ini dengan jelas di hadapan semua orang di sini: jika saya atau sekutu saya memenangi jawatan presiden, memenangi kepimpinan parti saya, kami akan memberikan sokongan kami kepada kerajaan perpaduan, kepada Anwar Ibrahim, dan kepada anda,” – KJ – 10/1/2023
Tidak kurang juga para pemerhati politik mengaitkan KJ dengan Umno era baru sekiranya jawatan tertinggi dalam Umno berubah selepas pemilihan.
Penganalisis politik berpandangan tindakan Khairy Jamaluddin mengumumkan sokongan terhadap kerajaan Anwar Ibrahim sebagai luahan seseorang yang mahu mencari survival politik. – James Chin, profesor dari Kajian Asia di University of Tasmania
Umno era baru dikaitkan dengan Hishammuddin Hussein, Ismail Sabri, Mahdzir Khalid, Noh Omar bersama KJ akan menerajui parti itu selepas pemilihan dilakukan.
Ini bagi membolehkan Umno kembali dipulihkan gabungan baru dengan membawa imej yang lebih segar dan corak serta dasar Umno yang mantap.
Segalanya terpulang kepada perwakilan samada mahu memberi nafas baru kepada Umno dan dikhuatiri akan ‘tunduk’ kepada pihak tertentu atau terus mempertahankan Umno dari dijarah mereka yang berdendam dengan Umno.