Pengurus besar PPK direman 6 hari kes salah guna kuasa

KUCHING: Seorang pengurus besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) ditahan reman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa.

Majistret Sharifah Fatimah Azura Wan Ali mengeluarkan perintah reman hingga 16 Januari selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan itu di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, untuk siasatan kes mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, lelaki berusia 58 tahun itu ditahan sepasukan pegawai SPRM dalam Ops Bekal, di sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Dia disyaki menyalahgunakan kuasa dan jawatannya sebagai pengurus besar untuk melantik sebuah syarikat dengan suspek mempunyai kepentingan bagi dirinya sendiri.

Syarikat terbabit dikatakan dilantik bagi perkhidmatan menyediakan cenderahati dan kerja-kerja persiapan majlis penghargaan untuk sebuah jabatan Kerajaan Sarawak pada 2020.

Semua kos cenderahati dan persiapan majlis itu dikatakan bernilai RM27,800.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker