SPRM tahan pemilik, pengarah syarikat buat tuntutan palsu RM20.3j

SPRM tahan pemilik, pengarah syarikat buat tuntutan palsu RM20.3j

SPRM tahan pemilik, pengarah syarikat buat tuntutan palsu RM20.3j
FOTO HIASAN

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pemilik dan pengarah syarikat berasingan selepas mereka disyaki terbabit membuat tuntuan palsu berjumlah RM20.3 juta.

Sumber memaklumkan, seorang lelaki berusia 51 tahun yang juga pengarah sebuah syarikat ditahan di Pejabat SPRM Kedah pada jam 1 tengah hari tadi.

Katanya, seorang lagi lelaki yang juga pemilik sebuah syarikat ditahan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Renggam, Johor, pada jam 3 petang tadi.



“Penahanan kedua-dua suspek susulan maklumat mengatakan beberapa syarikat bersubahat dalam mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM20.3 juta pada 2015.

“Tuntutan itu dibuat kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi bayaran insentif Projek Penternakan Lembu Tenusu di bawah Kluster Tenusu Entry Point Project 13 (EPP 13)-Economy Transformation Plan (ETP), namun tiada bekalan dibuat,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kes berkenaan masih dilakukan dengan proses mengesan lebih ramai saksi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi, mengesahkan penahanan dua suspek berkenaan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.



Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?

SPRM tahan pemilik, pengarah syarikat buat tuntutan palsu RM20.3j

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker