10 SD, 10 WAJAH!

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Wajah 10 Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin

Semalam dalam taklimet tertutup oleh Dato Seri Zahid Hamidi, beliau mendedahkan 10 nama ahli parlimen yang menyokong Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Pendedahan yang mengejutkan seluruh Dewan Merdeka mendapat pelbagai reaksi perwakilan.

Rujuk – ZAHID HAMIDI – “THE TRUE STORY”



Bagaimanapun, 10 ahli parlimen BN akhirnya akur dengan akujanji yang dibuat sebelum diberikan tanggungjawab sebagai calon pada PRU15.

Apa yang didedahkan Zahid sebenarnya telah menjelaskan segala kekeliruan terhadap keputusan BN menyertai Kerajaan Perpaduan.

Malah, pandangan serong terhadap kepimpinan tertinggi Umno juga turut berubah selepas sesi taklimat semalam.

Nada para perwakilan juga nampak sudah mulai mengendur apabila mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Walaupun pada mulanya ada cubaan memanaskan suasana, akhirnya ‘sekam’ yang membara telah berjaya dipadamkan.



Rujuk – ZAHID HAMIDI – “THE TRUE STORY II”

Kini semua tertumpu kepada suara perwakilan yang akan menentukan samada proses demokrasi dikembalikan dalam Umno dengan membenarkan 2 jawatan tertinggi Umno dipertandingkan atau tidak.

Sebaiknya 2 jawatan tertinggi Umno dipertandingkan dan proses demokrasi perlu dipraktikkan dalam perjalanan merevolusikan semula Umno.

Sekiranya para Perwakilan Umno mempunyai pemikiran matang dan bijak, kedua-dua pemimpin tertinggi Umno akan mendapat sokongan sepenuhnya dari seluruh ahli Umno tanpa kompromi.

Hanya mereka yang mahu ‘menjual maruah’ dan tergolong dalam kalangan ‘Broker’ sahaja mahu Zahid dan Mohamad dijatuhkan.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker