PENDEDAHAN PANAS!!! "THE TRUE STORY"

Penjelasan tuntas dan jujur dari Presiden Umno

Oleh – Bakhtiar Omar


Semalam, Presiden Umno, Zahid Hamidi telah membuka lembaran baru apabila membuka ‘mulut’ dengan memperincikan semua kontroversi yang melanda.

Ramai kalangan ahli Umno terkejut setelah mengetahui apa sebenarnya yang berlaku sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Tidak kurang ada kalangan ahli Umno masih mempertimbangkan samada menerima dengan hati terbuka atau tidak selepas Zahid menjelaskan segalanya.

KRONOLOGI PASCA PRU15, “THE TRUE STORY”

  • Seawal perundingan bagi membentuk kerajaan selepas PRU Ke-15, kita telah menetapkan portfolio-portfolio penting yang perlu diserahkan kepada kita. Alhamdulillah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah atau KPLB sebelum ini diperuntukkan kepada kita (Umno/BN)
  • Kementerian ini penting kerana ia adalah kementerian yang bertanggungjawab terhadap orang Melayu khususnya. Bermula daripada pendidikan anak-anak di tabika, MRSM, Polytech MARA, UniKL, Institut Teknikal, pekebun kecil, peserta Felcra, kawasan kemajuan wilayah, bantuan perniagaan MARA, semua melibatkan orang Melayu kita khususnya di desa-desa yang selama ini menjadi sumber kekuatan parti.
  • Bila kerajaan dibentuk sebuah sekretariat tetap diwujudkan yang dianggotai oleh kelima-lima parti dalam kerajaan perpaduan. Sekretariat ini telah bermesyuarat. Saya telah mempengerusikan mesyuarat pertamanya untuk menggerakkan secretariat ini. Ketua Sekretariatnya ialah Ketua Pemuda kita, Datuk Dr Asyraf Wajdi.
  • Manakala di peringkat kerajaan, kita juga bersetuju untuk menggarap semua manifesto parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk dilaksanakan. Manifesto berbeza namun terdapat kira-kira 20 akuanjanji yang sama. Maka perincinan telah dibuat untuk melihat di mana titik persamaan, keutamaan dan perbezaan yang ada.

UMNO WAJIB BELAJAR DARI KESILAPAN KERAJAAN LEPAS

 

  • Penubuhan sekretariat ini memberi makna, kita mengambil ketetapan dan belajar dari kesilapan kerajaan dahulu yang tidak mengambil perbezaan parti-parti dalam kerajaan. Dengan itu, pendekatan kita kerjasama bukan hanya terbatas di peringkat Jemaah Menteri tetapi kebersamaan parti-parti politik.
  • Ini juga membawa maksud, Jemaah Menteri yang dibentuk bukan mewakili batang tubuh atau individu yang bergelar Ahli Parlimen tetapi mewakili parti. Walaupun  prerogative Perdana Menteri untuk melantik Jemaah Menteri tetapi kali ini barisan kabinet kita adalah yang mewakili parti. Sebelum ini, parti tidak punya suara.  Saya bersama dengan enam Menteri yang lain dan enam Timbalan Menteri, berada dalam kerajaan mewakili 191 UMNO Bahagian dan 3.5 juta ahli-ahlinya. Kehadiran kita dalam kabinet kali ini berbeza dgn model Mahathir atau Muhyiddin.
  • Walaupun telah ada perjanjian persefahaman antara parti-parti, kita tidak akan mudah selesa dan lalai. Sifat dan rasa sangsi perlu sentiasa ada dalam kita melayari kerajaan bersama dengan parti-parti lain. Kita tidak boleh gopoh atau memaksa diri untuk menerima rakan politik baharu. Sejujurnya bukan mudah untuk kita menerima DAP yang sekian lama menjadi momokkan serta ancaman.
  • Kita juga tidak mahu mengulangi kesilapan lalu yang mana kerajaan yang dibentuk katanya adalah kerajaan Ahli Parlimen dan tiada kena mengena dengan parti.

KEWUJUDAN ‘KLUSTER PUTRAJAYA’ MENENTANG ‘KLUSTER PWTC’

 

  • Inilah antara penyebab wujudnya kluster Putrajaya yang tidak bersama dengan parti di PWTC. Sepanjang berada dalam kerajaan pada penggal yang lalu, parti hanya mengetahui keputusan-keputusan kerajaan melalui media sahaja. Contohnya semasa darurat hendak diperkenalkan, tiada seorang pun mengambil inisiatif untuk membincangkannya dengan parti terlebih dahulu.
  • Kita tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama. Putrajaya dengan PWTC perlu seiring. Suka saya memaklumkan setiap hari Rabu semua Menteri UMNO akan duduk sekali sebelum mesyuarat kabinet. Kita bukan sahaja melakukan brainstorm tetapi penyelarasan kertas-kertas kabinet agar suara kita senada.
  • Kita juga memberikan panduan kepada Menteri-menteri bahawa kita mesti perform sebab kitalah yang mewajahkan kerajaan. Ia bukan hanya soal kepentingan parti kita tetapi juga melibatkan agenda-agenda yang berkepentingan Melayu. Contohnya ada cadangan supaya dilaksanakan pilihan raya PBT…kita tolak kerana itu, menyentuh kepentingan parti dan orang Melayu. Kita tidak berkompromi.
  • Jika dulu kita ada Top 5 dengan harapan jadi panduan tetapi yang dibincang tidak dilaksanakan di peringkat Putrajaya. Task Force Ekonomi, Task Force Transformasi sayangnya tidak dilaksanakan.
  • Dalam waktu terdekat akan berlaku PRN di enam negeri. Timbul cakap-cakap dan kebimbangan, apakah kita akan mengorbankan parti setelah bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan.
  • Biro Politik dan MT dah buat keputusan, kita tetap akan menyertai PRN di keenam-enam negeri dengan lambang BN. Namun penyertaan kita mestilah bersama rakan politik strategik parti-parti dalam kerajaan perpaduan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker