‘Anjing merajuk pun abang bomba kena pujuk’

‘Anjing merajuk pun abang bomba kena pujuk’

'Anjing merajuk pun abang bomba kena pujuk'
Tangkap layar anggota bomba sedang memujuk anjing yang berada di sebelah luar balkoni tingkat 10 sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, Rabu lalu.

BAYAN LEPAS: “Ini bukan kali pertama saya dan pasukan selamatkan anjing, tetapi tidak sangka pula video berkenaan tular, mungkin kerana melihat telatah haiwan itu yang lucu.”

Demikian kata Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, Leo Sana Anak Sandi, berikutan video beliau bersama pasukannya menyelamatkan anjing di sebuah pangsapuri pada Rabu lalu, menjadi tular sejak semalam.

Leo berkata, dia mengetahui video berkenaan tular selepas menerima banyak tag daripada kenalan di laman Facebook.



Terdahulu Leo berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.02 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama 10 anggota.

Katanya, setiba di lokasi, dia difahamkan oleh penduduk bahawa anjing berkenaan sudah berada di beranda tingkat 10 pangsapuri itu sejak pagi.

“Pada mulanya anjing berkenaan bertindak agresif mungkin kerana takut dan saya berusaha mendekatinya perlahan-lahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Memandangkan ia sudah berada di situ dalam tempoh yang lama, saya kemudian meminta ihsan daripada penduduk sedikit makanan bagi diberi kepadanya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.



Mengulas lanjut Leo berkata, ketika dia menghulur makanan, anjing terbabit kembali bertenang namun mengalih pandangan ke arah dinding seolah-olah sedang merajuk.

Katanya, dia juga tersenyum melihat gelagat anjing itu namun berusaha menyelamatkannya kerana bimbang ia akan kembali agresif.

“Saya dan seorang lagi anggota pasukan kemudian menutup mata anjing menggunakan guni dan kain sebelum mengangkat haiwan itu.

“Difahamkan oleh penduduk, ia adalah anjing liar yang tidak mempunyai tuan dan berkeliaran di kawasan itu.

“Sebaik menurunkannya ke aras bawah, anjing berkenaan dilepaskan dan tidak pasti bagaimana ia boleh naik ke tingkat 10 bangunan berkenaan,” katanya lagi.

Terdahulu, beberapa video mengenai operasi menyelamatkan anjing itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi warga net yang terhibur dengan gelagat haiwan berkenaan.

Video itu turut dikongsi laman Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dengan keterangan “Bukan senang nak (hendak) pujuk ni. Abang bomba juga la yang kena (perlu) bagi ayat manis.”

 

Marah haiwan peliharaan buang najis atas lantai, lelaki pijak anjing 15 kali

‘Anjing merajuk pun abang bomba kena pujuk’

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker