Ayah ‘Superhero’ Di Hati Anak Sulung

“Ingat senang ke nak jadi anak sulung ni. Orang senanglah kata ada banyak kelebihan anak sulung. Tapi, yang peritnya bukan orang pandang. Senang-senang anggap kita ‘bossy’ dan pentingkan diri.”

Bagi adik-adik, mungkin mereka mencemburui banyak kelebihan anak sulung. Contohnya, anak sulung akan didahulukan dalam pelbagai perkara – mereka dapat memandu kereta dulu, mereka dapat pegang ‘handphone’ dulu, dan mereka selalu mempunyai ‘kuasa’ terhadap adik-adik apabila ibu bapa tiada. Oleh kerana itulah, si ayah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak sulung dan perlu rapat.

KENAPA AYAH KENA RAPAT DENGAN ANAK SULUNG?

1. Sumber inspirasi

Ayah ni idola sejati anak-anak. Apa ayah buat mesti anak nak buat juga. Jadi ayah kena la beri inspirasi yang hebat hebat pada anak ya!

2. Sumber self esteem dia

Pujian dan kata-kata dorongan dari ayah dapat tingkatkan keyakinan & kepercayaan diri anak. Ayah, kerapkan lagi tambah self esteem anak ya!

3. Superhero dalam hidupnya

Setiap anak ada superhero di hati, itu la susuk ayah! Bila ada ayah anak rasa selamat, tenang & secure. Tanpa ayah di sisi, ramai anak hilang arah hidupnya.

4. Mirroring & role model dia

Ayah center of influence dekat rumah. Sebagai orang paling dominan, setiap cara cakap, cara makan, hatta cara tidur ayah pun anak duk perhati. Ada kalanya mereka ikut sebijik bijik.

5. IQ & EQ lebih tinggi

Ini kajian dari father involvement research alliance, sekiranya ayah lebih rapat dengan anak sejak bayi sehingga usia 3 tahun IQ & EQ anak akan lebih tinggi berbanding tak rapat.

6. Anak perempuan lebih bijak menilai lelaki

Ayah jadi penanda aras ‘lelaki’ yang baik pada anak perempuan. Anak akan jadi lebih bijak memilih pasangan hidup dan lebih berpotensi memiliki hubungan yang sihat kelak. Ini yang kita nakkan.

Jadi ayah, rapatkan la diri anda dengan semua anak anda terutama yang sulung. Sesungguhnya mereka semua sangat perlukan bimbingan & sentuhan kasih sayang ayah idola sejatinya.. Wallahu a’lam..

Sumber: Mohd Fhais Salim

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker