Maryam DurianKimchi – Kalau Tak Nak Dengar, Silakan Berambus

Luah Rasa, Penggunaan Bahasa Melayunya Dikritik Netizen

Maryam DurianKimchi – Kalau Tak Nak Dengar, Silakan Berambus

Maryam DurianKimchi - Kalau Tak Nak Dengar, Silakan Berambus

Kehidupan pasangan pempengaruh media sosial, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim sering menjadi perhatian netizen yang sering kali terhibur dengan kandungan-kandungan menarik yang dipaparkan menerusi saluran mereka, DurianKimchi.

Terbaharu menerusi laman Instagram miliknya, Maryam berkongsikan satu kiriman pesanan (direct message) yang dihantar kepadanya, mempertikaikan kebolehannya bertutur dalam bahasa Melayu.

Menurut Maryam yang merupakan warganegara Korea Selatan itu, dia sama sekali tidak kisah dengan kritikan tersebut malah meminta individu berkenaan untuk tidak melihat apa-apa content yang dibuatnya sekiranya tidak gemar dengan pemilihan bahasa yang digunakannya.



“Ramai orang cakap ‘you speaking BM make me annoying, better you speak English.’

“You annoying ke apa, itu bukan salah saya. Saya tak kisah. Tak tengok ke apa, suka hatilah.

“Kalau tak nak dengar, silakan berambus,” tulisnya di ruangan kapsyen.



Maryam turut berkata dia sangat selesa bertutur dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris dalam kehidupan sehariannya.

“Saya dah duduk Malaysia dua tahun lebih, saya cakap BM macam ni. Saya tak pernah ambil kelas bahasa atau pergi sekolah di Malaysia.

“Sebab saya suka belajar BM naturally. Itu sangat seronok dan senang ingat

“Saya lagi selesa cakap BM daripada English. Orang cakap English akan bertambah dalam dunia. Tapi orang cakap BM?

“Saya boleh cakap BM dengan bangga walaupun saya tak pandai sangat.

“Apa saja awak cakap, saya akan tetap guna Bahasa Melayu,” tulisnya lagi.

Maryam turut meninggalkan pesanan mendalam buat mana-mana individu yang gemar mengkritik penggunaan bahasa yang digunakannya dengan menulis, “sebelum betulkan bahasa orang, awak cakap melayu dulu, ke awak bukan orang Malaysia.”

Untuk rekod, Maryam dan suami, Ryzal berkahwin pada 2019 di Korea Selatan sebelum pasangan itu mengambil keputusan uuntuk pulang ke Malaysia setahun kemudian.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Rina yang kini berusia setahun.

Ryzal Salah Faham Dengan Maryam

Maryam DurianKimchi – Kalau Tak Nak Dengar, Silakan Berambus


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker