Buaya ‘hantar’ mayat kanak-kanak mati lemas ke pangkuan keluarga [VIDEO]

Anehnya sempurna tanpa luka gigitan!

Buaya ‘hantar’ mayat kanak-kanak mati lemas ke pangkuan keluarga [VIDEO]

Buaya ‘hantar’ mayat kanak-kanak mati lemas ke pangkuan keluarga
Seekor buaya ‘menghantar’ jasad seorang kanak-kanak yang mati lemas ke pangkuan keluarga.

TULAR di media sosial baru-baru ini video yang memaparkan seekor buaya ‘menghantar’ jasad seorang kanak-kanak yang lemas ke pangkuan keluarga mangsa.

Menerusi video tersebut, kelihatan buaya berkenaan ‘mengiringi’ mayat kanak-kanak malang itu ke pinggir sungai, sebelum diangkat oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ke atas bot.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Muhammad Ziyad Wijaya, 4, dipercayai hilang di perairan kawasan Muara Jawa, Kalimantan Timur di Indonesia.



Bagaimanapun, kelibat mangsa kemudiannya tidak kelihatan, sebaliknya hanya mainan yang berada di lokasi kejadian.

Ahli keluarga mangsa cuba melakukan pencarian namun tidak berjaya sehinggalah mereka melihat seekor buaya berenang sambil membawa satu mayat manusia ke pinggiran.

Ternyata, jasad tersebut adalah kanak-kanak malang yang hilang sejak beberapa hari lalu.

Ajaibnya, mayat mangsa kelihatan ‘sempurna’ dan tidak mempunyai sebarang kesan luka atau bekas gigitan.



Kejadian aneh itu menjadi bualan netizen di media sosial dengan rata-ratanya melahirkan rasa kagum dengan kuasa Tuhan. – Regionalkompas.com

Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

 

Buaya ‘hantar’ mayat kanak-kanak mati lemas ke pangkuan keluarga [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker