Penunggang motosikal diserang sawan maut kemalangan

Penunggang motosikal diserang sawan maut kemalangan

Penunggang motosikal diserang sawan maut kemalangan
Kemalangan membabitkan motosikal yang menyebabkan seorang lelaki meninggal dunia di Jalan Guar Chempedak-Yan, petang tadi. – Foto ihsan pembaca

GUAR CHEMPEDAK: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan, sebelum terbabas ke kanan jalan di Jalan Guar Chempedak-Yan, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu mangsa berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM E Bonus 110 dipercayai dalam perjalanan dari arah Yan ke Guar Chempedak.



“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai mengalami serangan sakit sawan dan hilang kawalan, sebelum terjatuh ke kanan jalan. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala,” katanya ketika dihubungi,

Shahnaz berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Yan untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dilakukan,” katanya.

Enam cedera dirempuh pemandu BMW diserang sawan

Penunggang motosikal diserang sawan maut kemalangan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker