Arsenal tenang menjelang kunjungan ke Spurs

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata pemainnya berada dalam keadaan “emosi yang sangat bagus” menjelang pertemuan dengan tetangga London tengah tengah malam esok dengan mereka cuba membalas dendam kekalahan musim lalu di Stadium Tottenham Hotspur.

Arsenal kalah 3-0 Mei tahun lalu ketika mereka mengejar kelayakan daripada empat kedudukan teratas dengan Spurs akhirnya mendapat tempat ke Liga Juara-Juara.

Arteta berkata banyak perkara dapat dipelajari daripada perlawanan itu.



“Kami masih belum menang di sana (di stadium baharu), dan itulah cabaran yang kami perlu hadapi,” katanya. “Kami berada di tempat berbeza. Kami perlu menunjukkan cara bermain yang kami mahu.”

Pengurus dari Sepanyol itu, yang pasukannya menewaskan Spurs 3-1 di Emirates awal musim ini, berkata pemainnya tenang menjelang pertemuan itu.

“Saya rasa pemain berada dalam emosi yang amat bagus,” katanya. “Kami teruja, kami gembira bermain bersama dan kami berada dalam posisi yang bagus.

“Jadi kami perlu meningkat dalam banyak perkara yang kami mahu lakukan, dan kami perlu mengekalkan apa yang sudah membawa kami sejauh ini.”



Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal kini lima mata di depan juara bertahan, Manchester City, tidak pernah menang di Spurs sejak 2014 – lima tahun selepas pencabar utama mereka itu berpindah ke stadium baharu itu.

“Jelas, dengan cara persembahan kami dan keputusan yang kami pungut memberikan keyakinan tambahan bagi meletakkan kami di kedudukan bagus,” katanya.

“Tetapi itulah sesuatu yang kami perlu tunjukkan setiap minggu, setiap lawan terutamanya perlawanan di luar yang membawa cabaran besar dan ini tidak berbeza. Kami perlu membuktikan bahawa kami cukup bagus untuk ke sana, bermain cara kami dan menang perlawanan itu.”

Arteta mengakui Arsenal “cuba meningkatkan” skuad pada perpindahan Januari tetapi tidak akan bercakap mengenai pemain sayap Shakhtar Donetsk, Mykhailo Mudryk dalam sidang akhbar itu.



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button