Lapan pendaki maut dalam ribut salji di pergunungan Tehran

TEHRAN: Ribut dan runtuhan salji di pergunungan utara Tehran, Iran, meragut nyawa lapan pendaki dan menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh lagi hilang.

Media rasmi Iran, IRNA melaporkan sekumpulan pendaki gunung dilaporkan hilang pada Jumaat lalu selepas runtuhan dan ribut salji melanda kawasan pergunungan di Tehran.

“Mayat lapan pendaki yang hilang ditemui hasil usaha pasukan penyelamat dan operasi Pertubuhan Bulan Sabit Merah,” kata Timbalan Ketua Pertubuhan Bulan Sabit Merah Iran, Mohammad Baqer Mohammadi.

Media itu menyiarkan video operasi helikopter penyelamat di puncak Tochal dan Kolakchal di gunung Alborz, serta anggota Bulan Sabit Merah membawa mayat di kawasan gunug bersalji itu.



Seorang anggota Bulan Sabit Merah berkata, misi menyelamat itu menjadi sukar kerana ‘cuaca buruk dan salji.’ – AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker