WHO gesa vaksinasi bersasar global ditingkatkan

WHO gesa vaksinasi bersasar global ditingkatkan
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus. – Foto AFP

WHO gesa vaksinasi bersasar global ditingkatkan

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa semua negara meningkatkan usaha pemberian vaksin secara bersasar selepas Eropah merekodkan peningkatan mendadak kes COVID-19.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata usaha itu penting bagi memastikan vaksinasi diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

“Dunia kini menyaksikan banyak negara mula melaksanakan semula perintah larangan dan menggandakan pemberian vaksin serta dos penggalak.



“Peningkatan kes ini adalah yang tertinggi sejak pandemik coronavirus bermula dan isu sekarang bukan sekadar berapa ramai yang divaksin sebaliknya siapa yang divaks

“Tidak masuk akal memberikan dos penggalak kepada orang dewasa yang sihat atau memberi vaksin kepada kanak-kanak apabila pekerja kesihatan dan warga tua serta kumpulan berisiko di seluruh dunia belum mendapat dos pertama mereka,” katanya.

Tambah Tedros, banyak negara masih memberikan dos penggalak kepada penduduk yang sudah menerima vaksinasi biarpun WHO menggesa amalan itu dihentikan.

“Jika pemberian dos penggalak dihentikan sementara sehingga hujung tahun ini, lebih banyak vaksin boleh diberikan kepada negara miskin bagi melengkapkan program imunisasi.



“Setiap hari, kira-kira enam kali ganda dos penggalak diberikan di seluruh dunia berbanding dua dos pertama di negara berpendapatan rendah, perkara ini perlu dihentikan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan, berkata pemberian vaksin bersasar diperlukan di negara kaya namun masih ramai yang enggan menerimanya.

Katanya, biarpun kes meningkat, kadar kemasukan ke hospital dan kematian dapat dikurangkan kerana vaksin terbabit terbukti dapat melawan wabak terbabit.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa sistem kesihatan boleh terjejas jika kumpulan berisiko tidak divaksin walaupun kadar inokulasi adalah tinggi.

“Jika anda berada di Eropah ketika ini di mana kadar jangkitan adalah tinggi dan anda terdiri daripada kumpulan berisiko serta belum menerima vaksin, cara terbaik adalah mengambil imunisasi ini,” katanya.

Beliau turut berkata, kajian menunjukkan individu yang belum divaksin berdepan kebarangkalian 32 kali risiko kematian akibat wabak itu berbanding individu yang divaksin. – AFP

WHO gesa vaksinasi bersasar global ditingkatkan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati LamanΒ Facebook kami


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker