“Kami berharap Ayahanda dapat pembelaan adil” – Nizar Najib
Fenomena Bossku angkat imej Umno
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
“Kami berharap Ayahanda dapat pembelaan adil”
YB Datuk Nizar Najib berterimakasih kepada Presiden Umno, Dato Seri Zahid Hamidi kerana menekankan agar Dato Sri Najib Razak mendapat pembelaan seadilnya.
“Begitu juga apabila fenomena Bossku melanda negara, kelompok kecil di kalangan kita, terus menadakan suara mempertikaikan Bossku. Diulang-ulang isu mahkamah beliau, walaupun kita tahu, ia adalah pendakwan politik dan terpilih” – Zahid Hamidi – PAU 2022
Nizar menyampaikan rasa terharu keluarga Najib atas keprihatinan Zahid dan Umno dalam PAU2022.
Beliau berkata demikian semasa ditemui di Laman Media WTC.
Najib akan mendapat keputusan permohonan prosedur untuk semakan Kehakiman berkait kes beliau di Mahkamah pada 19 Januari ini.
Nizar juga mengulas ucapan dasar perasmian Perhimpunan Agung Umno. Nizar yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang turut mengulas portfolio beliau serta tanggungjawab terhadap pembangunan Pahang.
Najib antara lain memohon panel hakim berbeza daripada yang dipengerusikan Ketua Hakim Negera Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengetepikan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman ke atasnya bagi satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana SRC. – Kes SRC: Semakan kehakiman Najib – 10/1/2023