Kane akan pecah semua rekod – Conte

LONDON: Pengurus Tottenham, Antonio Conte menyokong Harry Kane untuk terus memadamkan rekod jaringan ketika penyerang itu mahu mengatasi Jimmy Greaves sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab.

Kane hanya kurang satu gol bagi menyamai 266 jaringan Greaves buat Tottenham dan boleh memecahkan rekod berkenaan dalam aksi tetangga London menentang Arsenal tengah malam esok.

Kapten England itu juga menyamai catatan Wayne Rooney sebagai penjaring bersama terbanyak negaranya di Piala Dunia apabila dia meledak gol ke-53.

Kane sudah mengumpul keseluruhan 17 gol dalam semua kejohanan buat Tottenham musim ini dan Conte menjangkakan dia akan mencipta mercu tanda untuk masa depan.

“Kita bercakap mengenai penyerang kelas dunia dan sudah tentu dia akan meemecahkan setiap rekod,” kata Conte semalam.

“Saya rasa dia memang berhak tetapi saya mahu menekankan aspek lain, aspek kemanusiaan Harry.

“Kita bukan hanya bercakap mengenai penyerang kelas dunia tetapi juga lelaki yang sangat baik, individu yang sangat bagus dan bagi kami dia adalah rujukan terbaik.

“Saya yakin dia akan terus mengatasi rekod dan dia sedang melakukan sesuatu yang menakjubkan.”

Kane menanggung beban lebih berbanding normal buat Tottenham musim ini kerana kecederaan Dejan Kulusevski dan Richarlison, selain penurunan prestasi Son Heung-min.

Conte yakin Kulusevski akan kembali bagi pertemuan menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal tetapi lebih berhati-hati mengenai potensi menggunakan Richarlison dan Rodrigo Bentancur.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker