Pendakwah minta Puteri Sarah tak ikut emosi hingga minta cerai

Pendakwah minta Puteri Sarah tak ikut emosi hingga minta cerai
Pendakwah minta Puteri Sarah tak ikut emosi hingga minta cerai
Ustaz Dasuki minta Puteri Sarah Liyana selesaikan masalah rumah tangga dengan rasional.KEMELUT rumah tangga membabitkan pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana menarik perhatian ramai pihak termasuklah golongan agamawan.

Berkongsi pandangan mengenai isu poligami itu, pendakwah bebas iaitu Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani berpendapat Puteri Sarah perlu menyelesaikan konflik rumah tangganya secara rasional dan tidak terlalu mengikut emosi.

Kata Dusuki, 47, penceraian bukanlah jalan terbaik dalam menamatkan segala kemelut ini.

Puteri Sarah dan Syamsul Yusof bersama dua orang anaknya.

“Rahmat Allah itu terlalu luas. Jalan damai pun terbuka luas selagi nyawa tidak sampai di halkum.“Binalah kekeluargaan mukmin dgn kelapangan bukan dengan kesempitan, usah biarkan gangguan syaitan menganggu perasaan, jadilah kekeluargaan Rasulullah sebagai panduan dan ikutan.

“Usah dikuti perasaan dan kemahuan syaitan yang inginkan kekeluargaan mukmin hancur berantakkan,” katanya.

Dusuki berkongsi pandangannya itu menerus laman Instagram miliknya pada Sabtu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Perkongsian Dusuki itu bukan sahaja mengundang reaksi netizen, malah turut menarik perhatian Sarah.

Tampil menulis di ruangan komen, Sarah meminta pendakwah itu bertemu suaminya dan memberikan nasihat secara bersemuka.

Saya cadangkan ustaz berjumpa Mohd Shamsul dan nasihat dia.

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

“Saya cadangkan ustaz berjumpa Mohd Shamsul dan nasihat dia supaya minta maaf dan jadi suami yang bertanggungjawab sebab masalah itu datang dari dia.

“Apa kata ustaz call atau mesej Mohd Shamsul. Sebab cakap mama dan papa dia pun dia tak dengar. Mana tau ustaz boleh bantu,” katanya.

Kemelut antara Syamsul dan Sarah hangat diperkatakan selepas pengarah itu mengumumkan dia salah bergelar suami kepada Ira Kazar pada 6 Januari lalu.

Pendakwah minta Puteri Sarah tak ikut emosi hingga minta cerai
Puteri Sarah minta Ustaz Dasuki nasihati Syamsul sendiri.

Pasangan itu bernikah di Thailand dengan bersaksi walikam sendiri baba Ira iaitu pelakon Kazar Saisi.

Semenjak itu Syamsul dan Sarah saling berbalas kenyataan tentang isu rumah tangga mereka yang dikatakan sudah berlarutan sejak empat tahun lalu.

Sarah dalam satu kenyataan sebelum tegas dalam tindakan untuk memfailkan perceraian dengan Syamsul pada Isnin ini.

Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Ratu Rizky Nabila dedah punca cerai

Pendakwah minta Puteri Sarah tak ikut emosi hingga minta cerai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker