UMNO Mesti Serius Dalam Usaha Mendominasi Media Sosial Mulai Sekarang
UMNO Mesti Serius Dalam Usaha Mendominasi Media Sosial Mulai Sekarang
Ketinggalan dalam mendominasi media sosial telah dikenal pasti sebagai punca utama kepada kekalahan besar UMNO/BN dalam PRU 15.
Benar, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada kekalahan UMNO/BN seperti sabotaj dalaman, rasuah politik dan percakaran dalaman.
Tetapi ketinggalan dalam mendominasi media sosial adalah punca utama.
Melalui statistik yang dikeluarkan oleh SPR, jumlah pengundi berdaftar yang yang berumur dari 18 tahun hingga 49 tahun adalah seramai 14.3 juta orang.
Jumlah ini mewakili 68.09% dari jumlah pengundi berdaftar keseluruhan seramai 21 juta orang.
Baca di sini:
1) https://dashboard.spr.gov.my/#!/home
2) https://www.utusan.com.my/nasional/2022/10/lebih-21-juta-pengundi-berdaftar-pru15/
Kumpulan pengundi yang berumur antara 18 tahun ke 49 tahun adalah kelompok yang aktif menggunakan media sosial.
Mereka tidak lagi menggunakan cara tradisional seperti media cetak atau media elektronik sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat.
Namun begitu, amat malang sekali, pemain media UMNO/BN seakan tidak menyedari keadaan ini.
Penulis tidak mengatakan pemain media UMNO/BN secara total tidak melibatkan diri dalam media sosial.
Tetapi platfom media sosial yang mereka gunakan agak kurang tepat dalam menyampaikan maklumat atau menangkis serangan dari pihak lawan.
Kenal Pasti Platfom Media Sosial Yang Popular Di Kalangan Pengundi
Terdapat 6 platfom utama dalam penyampaian maklumat di media sosial, Facebook, WhatsApp, Telegram, Twitter, Instagram dan Tiktok.
Dari 6 platfom di atas, ianya boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Satu platfom yang hanya boleh dicapai melalui grup tertutup seperti WhatsApp dan Telegram.
Manakala satu lagi adalah platfom yang boleh disebarkan kepada semua, tidak hanya tertakluk kepada ahli grup sahaja.
Ianya seperti Tiktok, Instagram, Facebook dan Twitter.
Dari sudut kumpulan umur pula, pengguna yang berumur antara 18 tahun ke 40 tahun adalah pengguna yang lebih gemar menggunakan Tiktok dan Instagram.
Manakala Twitter pula lebih digemari oleh pengundi atas pagar serta golongan profesional, termasuk kakitangan kerajaan.
Dari 14.3 juta orang pengundi berdaftar yang aktif menggunakan media sosial, golongan ini mempunyai 10.68 juta orang.
Ia mewakili 76.4% dari 14.3 juta pengundi yang aktif menggunakan media sosial dan dari jumlah keseluruhan 21 juta pengundi adalah 50.9%.
Pemain Media UMNO/BN Menggunakan Platfom Yang Salah Untuk Menyampaikan Maklumat
Dari pemerhatian penulis, pemain media UMNO/BN lebih menumpukan perhatian terhadap Facebook dan WhatsApp.
Facebook hanya akan menyebarkan maklumat kepada kira-kira 3.62 juta orang pengundi berdaftar yang aktif menggunakan media sosial.
Ia hanya mewakili 25.3% dari golongan yang aktif menggunakan media sosial dan hanya 17.23% dari jumlah keseluruhan pengundi berdaftar.
Ini membuatkan penerangan yang dikeluarkan oleh media rasmi UMNO/BN seperti BN Comm dan UMNO Online hanya tersebar kepada kelompok kecil pengundi.
Manakala serangan yang dilakukan oleh pihak lawan dalam platfom yang digunakan oleh kumpulan majoriti pengundi terbiar tanpa sebarang respon.
Apabila serangan serta tuduhan yang dilakukan dibiarkan tanpa sebarang penjelasan, maka pengundi akan beranggapan ianya adalah fakta yang sahih.
Manakala perkongsian di dalam WhatsApp dan Telegram hanya akan berlegar sesama penyokong UMNO sahaja.
Inilah yang dimaksudkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat Hassan, bahawa UMNO sebenarnya kalah dalam peperangan kognitif.
PKR sudah mempunyai Invoke, DAP sudah mempunyai RBA, PPBM dan PAS pula dilihat berbelanja besar untuk mendominasi media sosial.’
Bukan setakat itu, mereka malah membuat kajian terperinci mengenai pengguna media sosial.
UMNO mesti memulakan tindakan pro aktif untuk mendominasi media sosial dan ianya mesti dilakukan dari sekarang.
UMNO Mesti Serius Dalam Usaha Mendominasi Media Sosial Mulai Sekarang
Di Syorkan Untuk Anda:
- Azalina Akan Menentang Dr Noraini Untuk Jawatan Ketua Wanita UMNO
- KJ Dakwa Tiada Pertandingan Untuk Presiden UMNO Kerja Gila, Siapa Yang Gila Sebenarnya
- Pemilihan UMNO: Hishamuddin Dan Khairy Hanya Sekadar ‘Diversion’ Untuk Melindungi Pencabar Zahid